Abstract
Bunga telur merupakan salah satu bungkusan tradisi yang masih kekal hingga kesaat ini. Bunga telur dipanggil sedemikian kerana pada asalnya ia terdapat bunga dan telur yang dicucuk pada sebatang buluh yang diraup halus. Ia hanya digunakan pada majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan, berkhatam, berkhatan, berzanji dan perayaan-perayaan tertentu seperti pertabalan dan juga menyambut kedatangan pembesar-pembesar dari negara asing. Bunga telur adalah warisan peninggalan nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Ia merupakan salah satu idea masyarakat kuno. Adalah dipercayai bunga telur ini berasal dari pengaruh Hindu yang mula bertapak di Tanah Melayu sejak sebelum kurun ke 1 Masihi. Pada zaman dahulu bunga telur diperbuat dari sumber alam semulajadi seperti bunga-bungaan, daun, buluh, mengkuang dan sebagainya. Ia merupakan salah satu bungkusan tradisi yang mempunyai keindahannya yang tersendiri yang tidak terdapat pada bungkusan yang lain, bentuknya mempunyai makna-makna yang simbolik serta tidak ramai yang mengetahuinya. Begitu juga dengan penggunaan telur dan warna merah pada bunga, telur. Bunga telur yang terawal dipercayai berbentuk seperti bunga pahar yang tidak berdaun. Namun begitu dengan kemajuan sains dan teknologi maka bentuk bentuk bunga telur yang terdapat sekarang tidak lagi seperti dahulu. Malahan hasil dari idea penggubah yang kreatif, maka lahirlah bentuk-bentuk bunga telur yang lebih menarik yang telah memberi banyak perubahan pada seni bungkus tradisi ini. Tetapi fungsinya tetap sama, untuk diberikan kepada tetamu yang hadir pada majlis- majlis tersebut.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Husain, Zalina UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts N Fine Arts > NK Decorative arts > Arts and crafts movement |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design |
Programme: | AD110 |
Keywords: | Bunga telur, Masyarakat Melayu, Peranan dan rekabentuk |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58751 |
Download
58751.pdf
Download (77kB)