Cattleya I / Nurul Izza Ab Aziz

Ab Aziz, Nurul Izza (2021) Cattleya I / Nurul Izza Ab Aziz. In: Design Decoded 2021 : Art Exhibition. Faculty of Art and Design, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah. ISBN 9789672948131 (Submitted)

Abstract

Karya ini berjudul Cattleya I, bersaiz 297cm x 420cm dihasilkan oleh pelukis Mayoizza dengan menggunakan medium akrilik, pen dan juga marker. Karya ini didominasi subjek utama bunga orkid Cattleya putih dalam bentuk lanskap. Cattleya putih dan zaman kanak-kanak pelukis sangat berkait rapat. Cattleya terkenal kerana bunganya yang sangat besar dan bentuk kelopak yang berlenggok di bahagian tepi bunga seperti renda baju membuatkan Cattleya ini seindah namanya, sangat cantik dari sudut pandangan mata. Dikenali juga sebagai Queen Of Orchid digambarkan pada karya ini persis seorang permaisuri dalam sebuah institusi keluarga. Karya ini mengenengahkan tentang kasih sayang, kehidupan, kerinduan pada sang ibu yang telah pergi ke dunia abadi. Fokus utamanya kepada Cattleya iaitu sejenis bunga orkid simpodium dimana pengakhirannya berakhir dengan pengeluaran bunga. Ia menggambarkan seorang ibu yang melahirkan zuriat sebagai penyambung keturunan. Pelukis menggambarkan liuk lentok kelopak bunga sebagai jiwa seorang wanita berkerjaya juga seorang ibu kepada sembilan orang anak. Ia jelas sifat lembut semulajadi Cattleya sebagai perjalanan membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang tidak berbelah bagi. Ia diterjemahkan dengan setiap kelopak putih Cattleya dan daun-daunnya sebagai pendokong kuat.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ab Aziz, Nurul Izza
izza_aziz@uitm.edu.my
Subjects: N Fine Arts > ND Painting
N Fine Arts > ND Painting > Technique and materials
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design
Keywords: Orkid Cattleya, wanita, cinta, alam kehidupan
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58656
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 58656.pdf] Text
58656.pdf

Download (29MB)

ID Number

58656

Indexing

Statistic

Statistic details