Not-for-sale / Hanif Omar

Omar, Hanif (2021) Not-for-sale / Hanif Omar. In: Design Decoded 2021 : Art Exhibition. Faculty of Art and Design, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah. ISBN 9789672948131 (Submitted)

Abstract

Semua orang pasti gemar mengembara, dengannya kita dapat melihat pelbagai budaya, adat dan resam masyarakat setempat. Dengan mengembara ia mengajar kita untuk menjadi lebih bersyukur dengan kehidupan. Apabila kita mengembara, perubahan suasana di tempat lain sedikit sebanyak menyumbang kepada ketenangan mental dan fizikal. Ketika mengembara saya sering menjadikan kamera sebagai rakan dan fotografi sebagai sahabat, dengan fotografi kita bukan sahaja merakam imej malah merakam emosi, aktiviti dan masa. Fotografi adalah sejarah, tidak diminati ketika ditelaah tetapi diminati ketika ianya tiada. Dirindui, ditatapi dan dikenang.Potret kanak-kanak ini dirakam ketika saya bersama pasukan melaksanakan misi bantuan di sebuah perkampungan di Kemboja. Ketika itu kami sepasukan sedang bergotong-royong memasak untuk memberikan makanan kepada 480 orang pelajar madrasah. Ketika sibuk bergotong-royong, kelihatan sekumpulan angsa melintas kawasan sambil membuat bising kerana khuatir dengan kehadiran kami, momen ini benar-benar sangat spontan dan lucu, teman- teman yang lain ada yang lari dan ada yang meneruskan aktiviti. Ketika itu keadaan menjadi sedikit riuh.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Omar, Hanif
hanifomar@uitm.edu.my
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General)
N Fine Arts > N Visual arts (General) > Special subjects of art
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design
Keywords: Pelbagai budaya, ketenangan mental dan fizikal, kebahagiaan
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58594
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 58594.pdf] Text
58594.pdf

Download (3MB)

ID Number

58594

Indexing

Statistic

Statistic details