Abstract
Di dalam dunia seni fotografi, sejauh mana kita mampu melihat sesuatu imej? Sejauh mana kita mampu menghasilkan sebuah karya? Sejauh mana kita mampu mendalami sesuatu karya tersebut? Persoalan yang sering ditanya di atas hanya mampu dijawab oleh pengkarya itu sendiri dalam penghasilan karya-karyanya. Ianya mungkin bergantung antara masa, kos dan semangat pengkarya tersebut. Di sebalik itu jawapannya mungkin dari para pengkritik karya dalam melihat sesebuah karya yang dihasilkan.
Dari hari ke hari, dunia fotografi telah menjadi semakin canggih, semakin hebat dan semakin pantas. Sejak dari zaman kamera pertama dicipta oleh Alhazen (Ibn Al-Haytham), dunia fotografi tidak pernah berhenti memberikan kelainan dan pembaharuan. Dunia zaman kini, dilihat ramai pengkarya yang asyik dengan dunia digital fotografi, akan tetapi ada segelintir pengkarya yang masih aktif menggunakan kamera filem atau analog. Dalam karya terbaru saya bertajuk Dunia Mental, ianya merupakan karya fotografi eksperimentasi menggunakan filem 35mm. Teknik eksperimentasi dalam menghasilkan siri karya ini memerlukan masa, kesabaran dan minat yang tinggi. Proses penghasilan karya ini mengambil masa dalam dua hingga tiga minggu dan ianya bergantung juga kepada nasib. Pengalaman dalam eksperimentasi ini memberikan banyak kelainan dalam dunia fotografi. Bukan sekadar point and shoot, ianya secara tidak langsung menguji tahap kreativiti pengkarya dalam pemilihan waktu dan bahan eksperimentasi.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Rahman, Andrialis UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > N Visual arts (General) N Fine Arts > N Visual arts (General) > Theory. Philosophy. Aesthetics of the visual arts |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design |
Keywords: | dunia fotografi, eksperimentasi, tahap kreativiti |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58573 |