Geometrik Songket / Wan Samiati Andriana

Andriana, Wan Samiati (2021) Geometrik Songket / Wan Samiati Andriana. In: Design Decoded 2021 : Art Exhibition. Faculty of Art and Design, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah. ISBN 9789672948131 (Submitted)

Abstract

Diambil dari kefahaman dari Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 17, 2006, ESTETIKA DAN KEINDAHAN SONGKET MELAYU yang ditulis oleh Othman Mohd Yatim, Zainal Abidin Borhan, Mohammad Nazzri Ahmad dan Mohamad Anis Abdul Samad yang menggabungkan pendekatan Ku Zam Zam Ku Idris (1984) dan Zakaria Ali (1989) dalam melihat keindahan songket Melayu. Berdasarkan gabungan pendekatan-pendekatan tersebut dapat dirumuskan bahawa dalam melihat keindahan seni songket Melayu secara keseluruhannya, dapat dilihat daripada tiga prinsip utama iaitu prinsip bijak, baik, dan benar. Dalam seni songket Melayu, bijak dilihat dari sudut kebijaksanaan melalui kemahiran yang dimiliki oleh penenun Melayu dalam menghasilkan songket. Dalam seni Songket Melayu, baik dilihat melalui penghasilan songket yang bersesuaian dengan kehendak dan nilai dalam masyarakat. Dalam seni Songket Melayu, benar itu dilihat dari kesesuaian yang berpadanan, berpatutan, serasi, secocok, dan tidak membazir yang mana kesemuanya tadi bermaksud bahawa kain songket tidak dihasilkan dalam keadaan nipis dan pakaian yang diperbuat daripada songket kebiasaannya tidak ketat.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Andriana, Wan Samiati
samiatiandriana@gmail.com
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) > Theory. Philosophy. Aesthetics of the visual arts
N Fine Arts > N Visual arts (General) > Special subjects of art > Nature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design
Keywords: Songket Melayu, penenun Melayu, alam, geometri
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58548
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 58548.pdf] Text
58548.pdf

Download (3MB)

ID Number

58548

Indexing

Statistic

Statistic details