Abstract
Mahasiswa berdepan dengan pelbagai cabaran pembinaan jatidiri dan sahsiah yang membawa kepada penubuhan Jawatankuasa Tindakan Khas Menangani Masalah Sosial Mahasiswa oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Jawatankuasa yang dianggotai oleh wakil kementerian, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini adalah susulan kepada insiden yang tular berkaitan pembabitan mahasiswa di dalam aktiviti tidak bermoral, sugarbook. Melihat kepada asas pembinaan Islam, akhlak adalah refleksi kepada aqidah dan syariah. Pensyariatan solat dalam Islam pula bertujuan untuk mencegah manusia daripada melakukan perkara keji dan mungkar. Justeru kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap penghayatan solat fardu dalam kalangan mahasiswa UiTM Shah Alam dan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi mahasiswa untuk menunaikan solat fardu. Kajian ini tertumpu kepada kajian kuantitatif dengan menjalankan soal selidik ke atas 813 responden yang merupakan mahasiswa Ijazah Sarjana Muda UiTM Shah Alam. Data primer ini kemudiannya dianalisa menggunakan analisis deskriptif dan dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman berkenaan kewajipan solat fardu dalam kalangan mahasiswa berkait rapat dengan faktor didikan ibu bapa dan kefahaman agama. Faktor ini akan menentukan tahap konsistensi mahasiswa dalam menghayati solat fardu. Selain itu, faktor individu dilihat sebagai pendorong utama mahasiswa menunaikan solat secara konsisten. Dapatan kajian ini menunjukkan kepentingan universiti menyediakan suasana kampus yang membina dan mendorong mahasiswa untuk sentiasa amanah dengan tanggungjawab menunaikan solat. Majoriti responden bersetuju solat mampu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Mansor, Siti Khurshiah sitik302@uitm.edu.my Abd Rahim, Syuhaida Idha UNSPECIFIED Zainal, Nur Hidayah UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LC Special aspects of education > Islamic education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS) |
ISSN: | (e-ISSN) :0128-0902 |
Volume: | 7 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 79-98 |
Keywords: | solat fardu, penghayatan solat, faktor solat |
Date: | November 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58384 |