E-Pembelajaran di UiTM cawangan Pahang: keperluan, cadangan, pelaksanaan dan cabaran / M. Muzamil and H. Sarina

M, Muzamil and H, Sarina (2003) E-Pembelajaran di UiTM cawangan Pahang: keperluan, cadangan, pelaksanaan dan cabaran / M. Muzamil and H. Sarina. In: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2003, 5-7hb Disember 2003, Holiday Villa Cherating, Kuantan.

Abstract

Keperluan, cadangan, perlaksanaan dan cabaran e-pembelajaran di UiTM Cawangan Pahang khususnya kursus Biologi dibincangkan. Bagi melahirkan masyarakat yang berteraskan k-ekonomi, integrasi antara manusia, ICT, busines dan strategi adalah amat penting. Selari dalam mewujudkan sebuah Universiti profesional, UiTM telah mengatur 21 strategi pengukuhan dalam abad 21 ini. Perlaksanaan e-pembelajaran menepati Strategi Pengukuhan 2 (Kakitangan Akademik), 5 (Program Akademik), 6 (Kecemerlangan Pembelajaran), 8 (Agenda Teknologi dan IT), 14 (Globalisasi) dan 17 (Komunikasi). Antara keperluan dalam e pembelajaran ini ialah sokongan daripada pihak pengurusan terhadap dasar ICT, kemudahan infrastruktur sedia ada termasuklah komputer, pelayan (server) dan sistem rangkaian, adanya tenaga pakar khususnya pensyarah-pensyarah Diploma Sains Komputer dan kakitangan Unit Perkhidmatan Teknologi Maklumat, menyediakan sumber maklumat yang mudah dicapai atau yang mesra pelajar dan secara tidak langsung mendidik pelajar untuk menggunakan ICT sebagai alat bantuan pembelajaran. Dalam melaksanakan e-pembelajaran ini, ianya pasti akan mencetuskan beberapa isu dan cabaran antaranya ialah peningkatan kos pengurusan, penubuhan Jawatankuasa Pelaksana e-pembelajaran, kakitangan yang literasi komputer, latihan membangunkan laman web dan penyelenggaraannya, menaiktaraf kemudahan komputer, keselamatan data, hakcipta terpelihara harta intelektual, penulisan oleh pensyarah-pensyarah, penilaian berterusan dan kesan hubungan kemanusiaan antara pensyarah dan pelajar. Pada dasarnya perlaksanaan e-pembelajaran mempunyai kelebihan dan kekurangan yang akan dibincangkan dalam kertas kerja ini. Perlaksanaan e-pembelajaran mestilah diteliti dan diperhalusi agar ianya praktikal dan ekonomikal supaya tidak menimbulkan masalah pada masa akan datang. Contoh laman web Biologi turut disediakan. Semoga dengan pelaksanaan e pembelajaran ini, ia akan memenuhi konsep mesra insan, ilmu dan alam.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
M, Muzamil
UNSPECIFIED
H, Sarina
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Blended learning. Computer assisted instruction. Programmed instruction
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2003
Event Dates: 5-7hb Disember 2003
Page Range: pp. 77-87
Keywords: Biologi, ICT, k-ekonomi
Date: 2003
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58332
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 58332.PDF] Text
58332.PDF

Download (4MB)

ID Number

58332

Indexing

Statistic

Statistic details