Abstract
Siapakah yang tergolong dalam generasi Z? Menurut Tapscott (2008), generasi Z adalah golongan yang dilahirkan tahun 1998 hingga 2009. Generasi Z adalah generasi teknologi. Mereka telah mula melayari internet dan web seiring dengan usia mereka sejak mereka masih belum bercakap. Generasi Z telah dibimbing dan digalakkan oleh ibu bapa menggunakan dunia laman sosial sejak kecil lagi. Dengan kata lain, generasi Z membesar di dalam dunia yang berhubung menerusi teknologi sejak dari awal lagi. Walaupun terdapat ke-bimbangan di kalangan ibu bapa apabila mendapati anak-anak mereka menghabiskan terlalu banyak masa ber-interaksi secara online berbanding di alam nyata, hakikatnya teknologi bukanlah alat yang dianggap memberi kesan buruk bahkan memudahkan pergerakan dan penghantaran maklumat yang cepat.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Haji Ahmad Ubaidah, Ahmad Faiz UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Differential psychology. Individuality. Self B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Personality |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Gen Z, Cabaran Kontemporari, teknologi |
Date: | 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58190 |