Abstract
‘Facebook’ merupakan salah satu aplikasi web media sosial yang popular dan telah berjaya menarik banyak perhatian kebelakangan ini. ‘Facebook’ mempunyai banyak kemudahan kepada pelajar antaranya adalah untuk berkomunikasi dengan rakan di seluruh dunia. Di samping itu, ia juga berpotensi untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sejauhmana persepsi pelajar terhadap ‘Facebook’ dalam mempelajari kemahiran bertutur Bahasa Arab. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian kuantitatif. Kajian ini mensasarkan responden daripada kalangan pelajar semester 5 yang mengikuti jurusan bahasa Arab UiTM Shah Alam. Seramai 40 orang pelajar dipilih sebagai sampel kajian. Soal selidik digunakan sebagai alat instrumen kajian bagi pengumpulan data. Data soal selidik ini dianalisis menggunakan perisian ‘Statistic Package for the Social Science’ versi 22.0 untuk mendapatkan data deskriptif. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa persepi pelajar terhadap ‘Facebook’ dalam mempelajari kemahiran bertutur bahasa Arab menunjukkan respons positif daripada peserta yang menggunakan akaun untuk meningkatkan kemahiran berbahasa mereka. Implikasi kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat kepada para pendidik dalam usaha untuk menambaik baik pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur bahasa Arab.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Syafiqah, Norazlin norazlin@gmail.com Ahmad, Nor Zahidah zahidahahmad@uitm.edu.my Yahaya, Hazrati hazrati87@uitm.edu.my Abdelhamid, Ibrahim Youssef ibrahimyosuff@gmail.com |
Subjects: | P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language > Language |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Academy Of Language Studies (APB) |
Journal or Publication Title: | International Journal For Educational Science And Language Arts (ESLA) 2021 |
UiTM Journal Collections: | Others > International Journal for Educational Sciences and Language Arts (ESLA) |
ISSN: | 2716-5825 |
Volume: | 2 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 1-10 |
Keywords: | Bahasa Arab; Facebook; Kemahiran bertutur; Persepsi |
Date: | September 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58183 |