Aplikasi mudah alih pembelajaran asas Bahasa Arab bagi peringkat sekolah rendah / Hazrati Yahaya ... [et al.]

Yahaya, Hazrati and Shaharuddin, Hanis Najwa and Abdul Raup, Fudzla Suraiyya and Ahmad, Nor Zahidah and Shafri, Muhammad Hatta and Nazmi, Muhammad Zahfri Mohammad and Abdelhamid, Ibrahim Youssef (2021) Aplikasi mudah alih pembelajaran asas Bahasa Arab bagi peringkat sekolah rendah / Hazrati Yahaya ... [et al.]. International Journal For Educational Science And Language Arts (ESLA) 2021, 2 (2). pp. 29-41. ISSN 2716-5825

Abstract

Dunia teknologi dan komunikasi yang semakin berkembang pesat telah memberi kesan secara langsung kepada bidang pendidikan. Oleh itu, perubahan terhadap kaedah penyampaian perlu selari dengan kehendak pendidikan abad ke-21. Namun begitu pendekatan yang digunakan dalam penyampaian yang digunakan pada masa sekarang masih bercirikan konvensional. Rentetan daripada itu, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk membangunkan aplikasi mudah alih pembelajaran asas bahasa Arab bagi peringkat sekolah rendah dengan hanya membataskan kemahiran bertutur. Model reka bentuk instruksi Hanafin dan Peck dengan sedikit pengubahsuaian digunakan dalam proses pembangunan aplikasi mudah alih ini dan ia dijadikan sebagai panduan aliran kerja. Hasil daripada pembangunan prototaip aplikasi mudah alih bahasa Arab tersebut dinilai menerusi kaedah kuantitatif. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Data-data yang dikumpul melalui 30 orang guru bahasa Arab dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 21.0. Bagi proses penganalisaan data kajian, pengkaji menggunakan interpretasi skor min yang bersumberkan Ramlee & Norani (2007). Hasil dapatan kajian mendapati nilai min yang diperoleh daripada kandungan dam keseluruhan prototaip aplikasi mudah alih berada pada interpretasi min yang sangat setuju. Dapatan ini secara kesimpulannya dapat menggambarkan bahawa prototaip aplikasi mudah alih pembelajaran asas bahasa Arab yang dibangunkan boleh dipertingkatkan lagi pembangunannya. Kajian ini diharapkan dapat digunakan untuk memberi faedah kepada para guru dan juga pelajar dalam meningkatkan penguasaan kemahiran bertutur bahasa Arab.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Yahaya, Hazrati
hazrati87@uitm.edu.my
Shaharuddin, Hanis Najwa
hanisnajwa@uitm.edu.my
Abdul Raup, Fudzla Suraiyya
fudzlasuraiyya@uitm.edu.my
Ahmad, Nor Zahidah
zahidahahmad@uitm.edu.my
Shafri, Muhammad Hatta
muhammadhatta@uitm.edu.my
Nazmi, Muhammad Zahfri Mohammad
zhafrinazmi@uitm.edu.my
Abdelhamid, Ibrahim Youssef
yosuffi@yahoo.com
Subjects: P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language
P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language > Study and teaching
P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language > Study and teaching > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Academy Of Language Studies (APB)
Journal or Publication Title: International Journal For Educational Science And Language Arts (ESLA) 2021
UiTM Journal Collections: Others > International Journal for Educational Sciences and Language Arts (ESLA)
ISSN: 2716-5825
Volume: 2
Number: 2
Page Range: pp. 29-41
Keywords: Bahasa Arab; Kemahiran bertutur; Aplikasi mudah alih; Sekolah rendah
Date: September 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58179
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 58179.pdf] Text
58179.pdf

Download (1MB)

ID Number

58179

Indexing

Statistic

Statistic details