Abstract
Kertas kerja ini membincangkan Model Berteraskan Kemahiran (MBK) yang dicadangkan menjadi pelengkap kepada Program Mengubah Destini Anak Bangsa (PMDAB), Universiti Teknologi MARA (UiTM) khususnya kepada UiTM Pahang. Objektif kertas kerja ini adalah bagi mengetengahkan model dalam mentransformasikan individu melalui kemahiran untuk mengubah destini masing-masing. Model ini mempunyai tiga (3) entiti yang saling berhubungkait iaitu sumber dalaman, sumber luaran dan program kemahiran. Sumber dalaman terdiri daripada kakitangan dan program-program akademik dan unit-unit sedia ada seperti Program Diploma Sains, Diploma Teknologi Perkayuan, Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Pengurusan Ladang, Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Perakaunan, Tunas Mekar, Unit Jaringan Industri (UiLc) dan Pusat Keusahawanan (MEDEC). Sumber luaran pula seperti Jabatan Kerajaan dan badan-badan berkanun yang berkaitan, Kerajaan Negeri, pembiaya kewangan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan media massa. Program-program berteraskan kemahiran yang boleh diwujudkan ialah sijil teknologi perkayuan, pembuatan perabot, asas tani, perladangan, bioteknologi tumbuhan, bioteknologi haiwan dan lain-lain yang boleh disokong oleh program-program akademik dan unit-unit sedia ada. Uniknya model ini, program pembangunan tidak terhenti di peringkat ini sahaja. Ia akan diintegrasikan dengan sumber luaran Untuk menjamin kesinambungan dalam PMDAB. Pelajar akan dibimbing oleh unit-unit yang berkaitan untuk meneruskan kerjaya masing masing dengan bantuan daripada sumber luaran. Dengan wujud dan terlaksananya MBK ini, dipercayai ia boleh menjadi pelengkap kepada PMDAB yang sedia ada.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mustaffa, Muzamil mmuzamil@pahang.uitm.edu.my Hashim, Sarina UNSPECIFIED Ab. Rahman, Hilmi UNSPECIFIED Ali, Khafirruddin UNSPECIFIED Kasim, Jamaludin UNSPECIFIED Hussin, Mohd. Hasni UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia L Education > LB Theory and practice of education > Educational productivity |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2010 |
Event Dates: | 8-9 Disember 2010 |
Page Range: | pp. 211-216 |
Keywords: | Model berteraskan kemahiran, Program Mengubah Destini Anak Bangsa, Universiti Teknologi MARA |
Date: | 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58164 |