Persiapan ambang Ramadan/ Muallim Mohd Bakri

Mohd Bakri, Muallim (2019) Persiapan ambang Ramadan/ Muallim Mohd Bakri. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban.

Abstract

Tahukah anda sesungguhnya di dalam al-Quran tidak ada ayat yang menyebut secara khusus berkaitan bulan Muharram. namun begitu, umat Islam sedunia sering membuat sambutan meriah seperti sambutan Maal Hijrah. Begitu juga, al-Quran tidak menyebut mengenai bulan Rabiul Awal tetapi umat Islam tidak pernah tinggal untuk menyambut Maulidur Rasul dengan penuh kehebatan. Walaubagaimanapun, sesungguhnya Allah Taala menyatakan secara khusus dalam al-Quran berkaitan kelebihan dan keberkatan bulan Ramadan. Ini membuktikan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat istimewa kepada umat Islam kerana pada waktu malam dan siang dalam bulan ini memberikan pelbagai keberkatan. Oleh itu, Ramadhan merupakan satu bulan mulia yang sentiasa ditunggu dengan penuh kegembiraan. Ini bertepatan dengan firman Allah Taala dalam al- Quran Surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud: "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur'an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah)".

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 58122.pdf] Text
58122.pdf

Download (1MB)

ID Number

58122

Indexing

Statistic

Statistic details