Abstract
Kajian ini adalah untuk menyediakan maklumat penting kepada guru-guru serta Fakulti Perakaunan berkaitan masalah yang dihadapi oleh pelajar ketika belajar matapelajaran prinsip perakaunan serta mendapatkan pandangan mereka terhadap matapelajaran ini. Kajian ini mendapati sejumlah besar pelajar memilih matapelajaran prinsip perakaunan di atas dorongan sendiri manakala sebahagian besar lagi telah mengambil matapelajaran prinsip perakaunan untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kerana akur dengan ketentuan pihak sekolah. Didapati bahawa keputusan peperiksaan pelajar yang mengambil prinsip perakaunan di atas ketetapan pihak sekolah adalah lebih baik berbanding dengan mereka yang memilih prinsip perakaunan berdasarkan pilihan sendiri. Faktor kefahaman mengenai subjek yang diajar serta kaedah dan pengajaran oleh guru didapati memainkan peranan dalam mempengaruhi keputusan peperiksaan pelajar. Di samping itu ketelitian semasa menjawab soalan dan wujudnya topik-topik sukar di dalam matapelajaran prinsip perakaunan turut menjadi faktor penyumbang dalam mempengaruhi keputusan peperiksaan pelajar. Berdasarkan keputusan ujian kefahaman mengenai konsep-konsep perakaunan, tempoh masa yang diambil untuk menjawab soalan serta minat pelajar itu sendiri terhadap mata pelajaran prinsip perakaunan turut menunjukkan hubungan yang hampir signifikan dalam mempengaruhi gred keputusan peperiksaan pelajar. Bagi membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam matapelajaran prinsip perakaunan adalah dicadangkan supaya pelajar yang berada di tingkatan empat diberi penerangan berkenaan dengan pentingnya asas perakaunan yang diajar sewaktu mereka berada ditingkatan berkenaan, Ia adalah kerana, matapelajaran di tingkatan lima adalah kesinambungan matapelajaran di tingkatan empat.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Nias Ahmad, Mohamad Azmi azminias@gmail.com Nik Wan, Nik Zam nikzam@kelantan.uitm.edu.my Sayd Idris, Syed Iskandar Zulkarnain syediskandar2002@yahoo.com |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement L Education > LB Theory and practice of education > Secondary education. High school teaching L Education > LB Theory and practice of education > Secondary education. High school teaching > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2010 |
Event Dates: | 8-9 Disember 2010 |
Page Range: | pp. 1-10 |
Keywords: | Prinsip perakaunan, Pelajar sekolah, Sijil Pelajaran Malaysia |
Date: | 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58051 |