Siri Kesedaran Undang-Undang - perlindungan Data Peribadi di Malaysia / Dr. Nor Fadzlina Nawi

Nawi, Dr. Nor Fadzlina (2018) Siri Kesedaran Undang-Undang - perlindungan Data Peribadi di Malaysia / Dr. Nor Fadzlina Nawi. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban.
Abstract

Data Peribadi di Malaysia dilindungi secara sah melalui pengenalan Akta Perlindungan Data Peribadi (ADPD/PDPA) 2010. ADPD diwartakan untuk berkuatkuasa pada 15 November 2013. Akta inimengawal selia semua syarikat yang memproses data peribadi dalam urusniaga komersial. Pemakaian akta ini tidak terpakai kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Satu agensi khas, Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) telah ditubuhkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multi- media Malaysia (KKMM) pada 16 Mei 2011 bagi mengawalselia pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam urus niaga komersial oleh Pengguna Data supaya tidak disalahguna dan disalahpakai oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 57957.pdf]
Text
57957.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics