Abstract
Budi bahasa budaya kita. Itu adalah antara slogan yang seringkali kita dengar dalam merujuk kepada kepentingan mengamalkan budi bahasa yang baik. Ayat yang digunakan dalam slogan ini terlalu mudah untuk ditahami sehinggakan tidak periu kepada analisis yang mendalam daripada mana-mana pakar bahasa. Namun, adakah semudah itu juga pelaksanaannya? Pastinya tidak. Hal ini kerana ramai antara golongan muda pada hari ini dilihat sudah mula melupakan nilal-nilai dan budi bahasa yang baik dalam kehidupan sehari- an mereka. Pepatah Melayu ada menyatakan, jadilah seperti padi, semakin berisi semakin menunduk. Dan bukannya seperti lalang, semakin tua semakin tegak menjulang. Setiap warga UiTM adalah DUTA ataupun wakil tetap yang membawa nama baik UiTM walau dimana juga mereka berada. Sebagai warga UiTM, tidak kira pelajar mahupun staf akademik dan sokongan, kita semua telah mengangkat janji untuk senantiasa menjaga nama baik UiTM. Keadaan ini bukanlah merujuk kepada mengelakkan diri daripada membuat perkara- perkara yang menyalahi undang-undang seperti melakukan jenayah berat dan sebagainya namun lebih kepada bagaimana untuk kita membawa diri dalam apa juga keadaan, seperti menjaga adab dan akhlak terutamanya sewaktu berhubungan dengan individu lain.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Shah, Nurul Nisha UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > Academies and learned societies (General) B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics > Individual ethics. Character. Virtue. Including practical and applied ethics, conduct of life, vices, success, ethics for children |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | ACIS, Budi Bahasa, UiTM |
Date: | 2018 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57907 |