Abstract
Dewasa ini. terdapat segelintir masyarakat yang berpendapat bahawa Islam seringkali mendiskriminasikan wanita. Tuduhan ini berlaku mungkin kerana mereka membuat perbandingan diri mereka dengan kehidupan wanita barat yang kelihatan bebas dan seronok.Sesungguhnya tanggapan dan tuduhan ini adalah silap kerana sejarah telah membuktikan bahawa kedudukan wanita ketika zaman jahiliyyah merupakan zaman yang teruk mendiskriminasikan wanita. Kedatangan Islam telah mengangkat martabat wanita Islam dengan memberi pelbagai hak yang serupa dengan golongan lelaki. Islam telah mengariskan dasar-dasar yang jelas dan kukuh dalam menentukan hak wanita dalam kehidupan mereka. Kedatangan Islam pada akhir kurun ke 6 Masihi melalui utusan Allah Nabi Muhammad SAW telah memartabatkan kedudukan wanita. memuliakan selepas kehinaan, memberi hak selepas penatian, melaksanakan keadilan selepas ditindas dan mengembalikan semula keinsanan wanita dalam kehidupan manusia. Lantaran itu, melalui penulisan ini. akan dirungkaikan secara ringkas dasar-dasar tersebut berdasarkan sumber al-Quran dan al- Sunnah.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Bakri, Mu’allim UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > Academies and learned societies (General) B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > Islamic philosophy B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > Knowledge, Theory of (Islam) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | ACIS, Martabat Wanita, Dalil Naqli |
Date: | 2018 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57903 |