Abstract
Proses pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) melalui anjakan paradigma setelah Akta Agensi Kelayakan Malaysia diluluskan Parlimen pada tahun 2007. Melalui akta ini satu agensi untuk mengkaji dan menganugerahkan sijil akreditasi ditubuhkan iaitu Malaysian Qualification Agency (MQA) atau Agensi Kelayakan Malaysia. MQA berperanan memberi pensijilan akreditasi bagi institusi pengajian tinggi yang memenuhi syarat minima jaminan kualiti nasional di IPT. Antara penekanan kriteria penganugerahan akreditasi ialah pelaksanaan Outcome-Based Education (OBE) di seluruh sistem pengajaran dan pembelajaran di IPT. Jawatankuasa Pelaksanaan OBE UiTM Pahang (OBE Pahang) ditubuhkan sebagai inisiatif UiTM Pahang dalam memahami dasar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui MQA sebagai pelan strategik pelaksanaan OBE di peringkat kampus. OBE Pahang menfokuskan latihan sebagai penekanan aspek penubuhannya.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Alias, Asmidar asmidar@pahang.uitm.edu.my Mohamad Bhkari, Norshariza nshariza@pahang.uitm.edu.my Ariffin, Kamisah kamisah@pahang.uitm.edu.my Khalid, Khairi khairi@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Ratings and rankings. Evaluation and ranking of universities and colleges L Education > LB Theory and practice of education > Educational productivity |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Page Range: | pp. 109-117 |
Keywords: | Outcome-Based Education (OBE), OBE Pahang, Malaysian Qualification Agency (MQA), Pelan strategik |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57548 |