Transkrip temubual bersama Encik Wan Mahadi bin Wan Ismail Pengusaha Tembaga Di Syarikat Wanisma Craft & Trading mengenai pengalaman beliau sebagai seorang pengusaha tembaga/ Nur Aqilah Abdul Ranie & Nurul Huda Md Jais

Abdul Ranie, Nur Aqilah and Md Jais, Nurul Huda (2020) Transkrip temubual bersama Encik Wan Mahadi bin Wan Ismail Pengusaha Tembaga Di Syarikat Wanisma Craft & Trading mengenai pengalaman beliau sebagai seorang pengusaha tembaga/ Nur Aqilah Abdul Ranie & Nurul Huda Md Jais. [Oral History]
Abstract

Transkrip ini telah membincangkan tentang pengalaman seorang tokoh ynag merupakan salah seorang pengusaha seni tembaga iaitu Encik Wan Mahadi Bin Wan Ismail. Ramai dalam kalangan masyarakat moden pada masa kini, terutamanya generasi baru tidak mengetahui dan mengenali secara langsung mengenai kewujudan seni tembaga yang merupakan salah satu seni yang berdiri sama megah dengan seni batik, rotan, ukiran kayu dan lain-lain lagi pada masa dahulu. Selain menyentuh mengenai latar belakang tokoh, melalui projek sejarah lisan ini kita dapat mengetahui apa pengalaman dan cabaran yang pernah dihadapi oleh tokoh sepanjang melibatkan diri dalam perusahaan tembaga. Melalui kajian ini juga kita dapat mengetahui apa sumbangan yang telah diberikan oleh tokoh kepada masyarakat dan juga kepada negeri Terengganu. Implikasi daripada kajian ini adalah untuk memberikan ilmu mengenai seni tembaga kepada mereka yang minat atau ingin menimba ilmu mengenai seni tembaga. Melalui projek sejarah lisan ini, diharapkan masyarakat di luar sana terutamanya generasi pada masa sekarang dapat mengenali dan mempelajari dengan lebih lanjut mengenai seni tembaga ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 57311.pdf]
Text
57311.pdf
Download (252kB)
Indexing & Metrics