Abstract
Sumber manusia adalah aset terpenting kepada organisasi dan negara. Pembangunan modal insan yang efektif dapat menghasilkan tenaga sumber manusia yang dinamik. Institusi-institusi pengajian tinggi juga sedang berusaha untuk mencapai modal insan yang berkualiti untuk proses pembangunan pengajaran dan pembelajaran kerana ia adalah pemangkin yang bakal mencorak tahap kemajuan dan kemunduran para staf dan juga graduan kelahirannya. Pelbagai pihak mesti bekerjasama untuk menyelaras dan melaksanakan sebarang bentuk perkhidmatan ke arah meningkalkan tahap profesionalisme tenaga akademik dan sokongan untuk merealisasikan misi dan strategi yang telah digariskan oleh seluruh sistem Universiti Teknologi MARA (UiTM) terutamanya UiTM Pahang. Kertas kerja ini membincangkan kepentingan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan kaedah-kaedah yang boleh digunapakai dalam melahirkan graduan yang dinamik. Modal insan samada staf akademik atau sokongan adalah penyumbang utama kemajuan yang diharapkan. Semangat kerjasama yang jitu dalam prasarana yang kondusif adalah antara penggerak fundamental untuk merealisasikan hasrat yang dicita-citakan.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Syed Marzuki, Sharifah Zannierah UNSPECIFIED Abdullah, Hasni UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Graduate education > Graduate students |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Page Range: | pp. 143-147 |
Keywords: | Pengajaran, Pembelajaran, Modal insan, Institusi pengajian tinggi |
Date: | 2006 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57298 |