Abstract
Transkrip ini membincangkan mengenai latar belakang dan pengalaman seorang tokoh sepanjang beliau menceburi bidang tarian tradisional kuda kepang serta perkarg-perkara yang berlaku di sebalik persembahan tarian kuda kepang tersebuL Seperti yang diketahui, tarian kuda kepang ini semakin ditelan zaman dek kerana ia dianggap sebagai suatu tarian yang mempunyai unsur-unrur syirik dan dikatakan telah diharumkan. Namun begitu, tokoh tersebut telah memberi penjelasan lanjut mengenai perkara-perkara disebalik tarian ini yang berkemungkinan ramai dari kalangan kita sebenarnya tidak tahu. Transkrip ini telah membahaskan mengenai perkara-perkara berkaitan kuda kepang. Selain daripada menyentuh tentang latar belakang kehidupaan tokoh ini, wawancara ini juga telah mengungkap pelbagai persoalan yang bermain difikiran penemubual seperti bagaimana tarian dilakukan, bagaimana persembahan dimulai dan diakhiri, proses tuntutan ilmu, bilangan penari yang terlibat, alatan-alatan yang digunakan, pengalaman serta pandangan beliau berkenaan perihal kuda kepang di Malaysia. Kajian ini difakuskan kepada para penyelidik atau pengkaji, pelajar serta orang awam. Maka dengan itu, kami berharap kalian yang dilakukan setukat ini sedikit sebanyak dapat membantu para pembaca terutama generasi muda pada masa kini untuk meluaskan sedikit ilmu mengenai salah satu tarian tradisional yang wujud di Malaysia.