Abstract
Al-Qur'an merupakan kitab suci terakhir yang telah diturunkan dalam bentuk wahyu daripada Allah kepada Rasulullah s.a.w. Kitab yang agung ini mengandungi untaian ilmu pengetahuan yang amat mendalam serta mendasari pelbagai lapangan ilmu. llmu asas ialah persoalan aqidah, syariah, ibadah dan akhlak. Untuk mengajak manusia beriman kepada Allah dan RasulNya, pelbagai metodologi telah digunakan. Antaranya melalui penceritaan sejarah-sejarah umat terdahulu dan penonjolan watak-walak haiwan, yang bertujuan untuk memperlihat atau membongkar kelemahan manusia dan menunjukkan kebesaran Allah S.W.T.. Tulisan ini cuba mengupas watak-watak haiwan yang dinukilkan oleh Allah s.W.t. di dalam al-Qur 'an untuk menjadi pengajaran dan bahan renungan kepada manusia terutama pensyarah UiTM dalam usaha untuk menjalankan kerjaya akademik. Antara watak haiwan yang dibincangkan dalam kertas kerja ini ialah seperti kuda, lalat, lebah, anjing dan unta. Seterusnya dibincangkan juga mesej Allah kepada manusia di sebalik penonjolan watak-watak haiwan tersebut. Sesungguhnya penonjolan watak-watak haiwan di dalam al-Qur 'an mengandungi pengajaran dan pembelajaran agar manusia beriman kepada Allah s.w.t. dan RasulNya serla menjadikan mereka makhluk yang bersyukur dan mampu mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Dibok, Minah minah@pahang.uitm.edu.my Mohd. Khalid, Abd Khalil khalil@pahang.uitm.edu.my Manaf, Ainun Jariah ainunj@pahang.uitm.edu.my Mustari, Ruaain ruaain@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran > Study and teaching. Qurʼan studies. ʻUlūm al-Qurʼan L Education > LB Theory and practice of education > Group work in education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Page Range: | pp. 19-28 |
Keywords: | Aspek pengajaran, Watak haiwan, AI-Quran, Peningkatan kerjaya |
Date: | 2006 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57270 |