Kesilapan sebutan fonem bahasa arab di kalangan pelajar / Saiful Johari Musahar …[et al.]

Musahar, Saiful Johari and Kamaruzzaman, Nur Afiqah Amanina and Musahar, Roselina and Azmi, Fauzi (2021) Kesilapan sebutan fonem bahasa arab di kalangan pelajar / Saiful Johari Musahar …[et al.]. Gading Journal for Social Sciences, 24 (2). pp. 91-100. ISSN e-ISSN: 2600 - 7568

Abstract

Fonem merupakan kesatuan bunyi yang terkecil dan sistem bunyi-bunyi bahasa yang dapat berfungsi sebagai pembeza makna. Dalam pertuturan bahasa Arab, pelajar mengalami kesukaran untuk membezakan bunyi pada perkataan yang hampir sama disebabkan kurangnya pengetahuan dari sudut fonologi bahasa yang dipelajari. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh manakah kesilapan pelajar dalam menghadapi sebutan fonem bahasa Arab di sekolah. Fokus utama yang ingin ditekankan dalam kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor kesilapan sebutan fonem pelajar serta mencadangkan kaedah ataupun teknik pengajaran bagi mengurangkan kesilapan sebutan dalam fonem bahasa Arab oleh pelajar terutamanya semasa pertuturan dalam bahasa Arab. Metodologi kajian adalah menggunakan kajian kepustakaan dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan faktor utama kesilapan sebutan dalam fonem adalah pengaruh bahasa pertama kepada bahasa kedua, faktor dalaman diri pelajar dan faktor pengajar. Kaedah yang dicadangkan dalam kajian ini adalah kaedah audio-lingual dan kaedah transliterasi, manakala teknik pengajaran pula adalah lakonan dan teknik latih tubi mekanis. Kesilapan sebutan fonem seharusnya dipandang serius kerana ia merupakan asas kepada pertuturan yang baik dan lancar. Ini kerana kesilapan sebutan fonem sekiranya tidak diperbetul dari awal maka ia akan berlarutan sehingga dewasa. Oleh itu, pertuturan yang baik datang daripada sebutan yang tepat dan jelas.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Musahar, Saiful Johari
abuwajdee@uitm.edu.my
Kamaruzzaman, Nur Afiqah Amanina
nurafiqahamanina@gmail.com
Musahar, Roselina
roselina@uitm.edu.my
Azmi, Fauzi
fawwaz@uitm.edu.my
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > Forms of education > Conversation and culture
P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language
P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language > Study and teaching
P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language > Study and teaching > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Gading Journal for Social Sciences
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Gading Journal for the Social Sciences (GADINGSS)
ISSN: e-ISSN: 2600 - 7568
Volume: 24
Number: 2
Page Range: pp. 91-100
Keywords: Bahasa Arab, Sebutan fonem, Faktor kesilapan sebutan, Kaedah dan teknik pengajaran
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56998
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 56998.pdf] Text
56998.pdf

Download (318kB)

ID Number

56998

Indexing

Statistic

Statistic details