Konsep kendiri pelajar menurut perspektif islam / Siti Norma Aisyah Malkan@Molkan …[et al.]

Malkan@Molkan, Siti Norma Aisyah and Che Hassan, Nurul Hidayah and Zahari, Siti Zafrina and Jaafar, Abu Bakar and Wan Ahmad, Wan Azmi (2021) Konsep kendiri pelajar menurut perspektif islam / Siti Norma Aisyah Malkan@Molkan …[et al.]. Gading Journal for Social Sciences, 24 (2). pp. 53-61. ISSN e-ISSN: 2600 - 7568

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang konsep kendiri pelajar UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub menurut perspektif Islam. Dalam konteks pembangunan pelajar di Malaysia, konsep kendiri merupakan aspek yang sangat penting untuk menjana kecemerlangan dan kualiti pelajar. Pelajar sebagai aset negara perlu mempunyai konsep kendiri positif kerana mereka merupakan generasi yang bakal menerajui kecemerlangan, keunggulan agama, bangsa dan negara pada masa hadapan. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan lapangan menggunakan borang soal selidik dalam kalangan pelajar UiTM Cawangan Pahang kampus Raub dan kajian kepustakaan. Data kajian ini dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif diperolehi dari soal selidik yang diadaptasi dari soal selidik Skala Konsep Kendiri Tennesse (Tennesse Self-Concept Scale) yang telah dibentuk oleh Fitts (1965) dan telah diubahsuai mengikut perspektif Islam. Manakala analisis secara kualitatif digunakan untuk menganalisis dan menghurai dapatan data kuantitatif. Kajian ini secara keseluruhannya menjelaskan bahawa konsep kendiri pelajar UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub berada pada tahap yang positif bagi setiap aspek yang dikaji. Kajian ini juga mendapati elemen konsep kendiri dari sudut fizikal, emosi, intelek dan rohani mampu membentuk konsep kendiri pelajar untuk menyediakan pelajar ke arah kehidupan yang lebih berkualiti dalam mencapai pembangunan lestari sesuai dengan agenda negara pada masa kini.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Malkan@Molkan, Siti Norma Aisyah
siti_norma@uitm.edu.my
Che Hassan, Nurul Hidayah
nurulhidayah@uitm.edu.my
Zahari, Siti Zafrina
zafrina@uitm.edu.my
Jaafar, Abu Bakar
drabubakar@uitm.edu.my
Wan Ahmad, Wan Azmi
wanazmi@uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Gading Journal for Social Sciences
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Gading Journal for the Social Sciences (GADINGSS)
ISSN: e-ISSN: 2600 - 7568
Volume: 24
Number: 2
Page Range: pp. 53-61
Keywords: Konsep kendiri, Pelajar, Kualiti, Islam
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56987
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 56987.pdf] Text
56987.pdf

Download (301kB)

ID Number

56987

Indexing

Statistic

Statistic details