Abstract
Pelancongan diakui sebagai industri yang mampu menjana pendapatan melalui aliran pertukaran matawang asing di kebanyakan negara di dunia. Salah satu konsep yang berkaitan dengan pelancongan adalah kesanggupan untuk membayar (willingness to pay - WTP). Terdapat pelbagai takrif yang dikemukakan oleh sarjana dari pelbagai disiplin. Secara umumnya, kesanggupan untuk membayar ditakrifkan sebagai harga atau nilai bayaran maksimum yang sanggup dikeluarkan oleh seseorang untuk membeli suatu barangan atau perkhidmatan. Bagi memperkukuh imej sesebuah destinasi pelancongan, konsep WTP adalah relevan dalam pengurusan pelancongan yang lestari. Kertas kerja ini meneliti secara lebih khusus terhadap pelbagai konsep yang dikaitkan dengan WTP serta klasifikasi yang digunakan termasuk jenis bayaran yang dikenakan serta cara menentu dan menganalisis WTP itu sendiri. Tuntasnya, kesanggupan untuk membayar adalah signifikan dalam pelancongan kerana sifatnya yang berupaya memberikan penyelesaian dari segi penetapan harga yang sanggup dibayar. Oleh itu, konsep WTP ini adalah perlu difahami secara mendalam dalam usaha membantu pengusaha pelancongan untuk lebih kompetitif dan pada masa yang sama meningkatkan kualiti perkhidmatan dan penjagaan alam sekitar.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Dering, Nabila Farysha Nabilafarysha97@gmail.com Mapjabil, Jabil jabil@ums.edu.my |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Event Title: | International Exhibition & Symposium on Productivity, Innovation, Knowledge, Education & Design (i-SPiKe 2021) |
Page Range: | pp. 525-530 |
Keywords: | Pelancongan, kesanggupan untuk membayar, WTP, konsep, klasifikasi |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56872 |