Abstract
Artikel ini meneliti tentang kepelbagaian fungsi bandar kecil terhadap penduduk setempat di Gemas, Negeri Sembilan. Fungsi bandar kecil Gemas dalam konsep pembangunan sekitar yang diteliti terbahagi kepada enam aspek utama, iaitu sebagai memenuhi keperluan asas, ekonomi dan peluang pekerjaan penduduk setempat, pusat pentadbiran, penyediaan input pertanian, pendidikan serta pusat pengangkutan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan sebanyak 143 borang soal selidik kepada responden. Hasil kajian mendapati majoriti responden bersetuju bahawa Gemas menjalankan fungsinya sebagai bandar kecil. Justeru, kajian mendapati bahawa bandar kecil Gemas telah mengalami perubahan ke arah yang lebih moden dan maju. Hal ini kerana semakin banyak bilangan fungsi yang ditawarkan oleh bandar kecil Gemas menjadikannya semakin pesat membangun. Selain itu, kepelbagaian fungsi mengubah fungsi asalnya daripada menyediakan perkhidmatan asas kepada menyediakan pelbagai kemudahan kepada penduduk. Dengan wujudnya pelan strategik jangka panjang yang berintegrasi, Gemas dijangka akan berkembang pesat menjadi sebuah bandar yang berdaya maju.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Nazry, Natasya Farhana natasyafarhana2803@gmail.com Mapjabil, Jabil jabil@ums.edu.my Abdulla, Farzanna Yashera farzannayashera@gmail.com |
Subjects: | H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > Rural groups. Rural sociology |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Journal or Publication Title: | International Exhibition & Symposium on Productivity, Innovation, Knowledge, Education & Design (i-SPiKe 2021) |
Event Title: | International Exhibition & Symposium on Productivity, Innovation, Knowledge, Education & Design (i-SPiKe 2021) |
Page Range: | pp. 521-524 |
Keywords: | Bandar kecil, pembangunan, penduduk, ekonomi |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56870 |