Business Journey Starter: Tips Awal Perniagaan Untuk Pemula / Siti Nur Wahidah A Wahab ... [et al.]

A Wahab, Siti Nur Wahidah and Md Said, Nur Shafikah Shafinaz and Kamaludin, Anis Raudhah and Hashimi, Nur Ain Nabilah and Mohd Zahuri, Nursabrina Shahira (2021) Business Journey Starter: Tips Awal Perniagaan Untuk Pemula / Siti Nur Wahidah A Wahab ... [et al.]. In: UNSPECIFIED.

Abstract

Kami merupakan pelajar daripada Kelab Diploma Pentadbiran Awam (DiPAC) ingin memperkenalkan sebuah buku digital yang bertajuk "Business Journey Starter: Tips Awal Perniagaan Untuk Pemula", di mana ianya merupakan sebuah buku atas talian yang juga dikenali sebagai e-book. E-book adalah nama yang digunakan untuk menamakan buku-buku dalam format digital, iaitu buku versi elektronik. Idea ini tercetus disebabkan oleh keinginan kami untuk membantu orang ramai di luar sana tanpa mengira kaum, bangsa dan agama untuk bersama-sama memulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan berikutan daripada isu wabak Covid-19 yang telah pun menyebabkan ramai individu kehilangan kerja mereka. Oleh yang demikian, kami mencipta sebuah buku digital yang ringkas, mudah dan menarik ini dalam bentuk E-Book. Hal ini kerana, berikutan kepada keadaan sekarang dimana pembelian barang di atas talian adalah digalakkan. Oleh itu, kami mencipta sebuah buku yang dapat dibeli dan diakses secara atas talian tanpa mengira masa dan tempat. Malahan, buku digital ini juga dapat mengurangkan peratusan pencemaran udara dan pembalakan pokok yang semakin berleluasa ketika ini. Kesannya, produk yang kami hasilkan ini dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar serta ianya bersifat mesra alam dan pengguna. Tambahan pula, ianya merupakan hasil daripada pengumpulan poster mingguan kami yang sering dikongsikan kepada orang ramai iaitu poster satu minggu satu tips yang berkaitan dengan urusniaga perniagaan kepada pelajar di universiti kami. Oleh itu, kami berharap agar dengan produk E-Book yang kami cipta ini serba sedikit dapat membantu untuk memberikan maklumat dan berkongsi informasi serta ilmu baru kepada peniaga baru di luar sana.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
A Wahab, Siti Nur Wahidah
UNSPECIFIED
Md Said, Nur Shafikah Shafinaz
UNSPECIFIED
Kamaludin, Anis Raudhah
UNSPECIFIED
Hashimi, Nur Ain Nabilah
UNSPECIFIED
Mohd Zahuri, Nursabrina Shahira
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Business cycles. Economic fluctuations. Economic indicators
L Education > L Education (General) > Handbooks, manuals, etc.
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Page Range: pp. 252-255
Keywords: Business, Journey Starter, E-Book, Covid-19, Tips Awal Perniagaan
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55983
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 55983.pdf] Text
55983.pdf

Download (701kB)

ID Number

55983

Indexing

Statistic

Statistic details