“Arabic Present Tense” / Suzzana Othman

Othman, Suzzana (2021) “Arabic Present Tense” / Suzzana Othman. In: UNSPECIFIED.

Abstract

Kata kerja memainkan peranan penting dalam bahasa Arab untuk membina ayat yang sempurna, lengkap dan bermakna kepada para pembaca dan pendengar. “Arabic Present Tense” ialah kata kerja yang sedang berlaku pada masa sekarang atau akan datang. Ianya merupakan nadi tatabahasa Arab yang perlu dipelajari dan difahami dalam kalangan pelajar bahasa Arab. Objektif penghasilan video “Arabic Present Tense” ini ialah untuk memberi kefahaman kepada para pelajar bahasa Arab tentang penggunaan “Arabic Present Tense” (al-Fi ‘l al-Mudarì) atau kata kerja yang sedang berlaku dalam perbualan seharian mereka. Video pembelajaran dan pengajaran ini dihasilkan untuk memudahkan para pelajar di era pandemik untuk mempelajari dan melihat secara berulang kali tajuk pembelajaran tersebut. Memuat naik video di saluran Youtube juga merupakan antara cara terbaik untuk pelajar mengakses bahan pengajaran dengan mudah ketika diperlukan. Apabila para pelajar faham konsep penggunaan kata kerja ini maka mudahlah untuk mereka mempraktikkannya dalam pelbagai situasi perbualan harian mereka dan juga dalam penulisan mereka. Para pelajar juga akan lebih berkeyakinan untuk bertutur apabila berhadapan dengan penutur Arab jati.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Othman, Suzzana
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language
P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language > Study and teaching
P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language > Language
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Page Range: pp. 61-65
Keywords: Kata Kerja, Kaedah Bahasa Arab, Kata Kerja Sedang Berlaku
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55577
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 55577.pdf] Text
55577.pdf

Download (243kB)

ID Number

55577

Indexing

Statistic

Statistic details