Residivisme-Desistan dan Ekologi Integrasi semula bekas banduan (RDEI) / Mohd Alif Jasni ... [et al.]

Jasni, Mohd Alif and Abu Bakar Ah, Siti Hajar and Omar, Noralina and Che Mohd Nasir, Norruzeyati (2021) Residivisme-Desistan dan Ekologi Integrasi semula bekas banduan (RDEI) / Mohd Alif Jasni ... [et al.]. In: UNSPECIFIED.

Abstract

Karya ini merupakan model yang membincangkan tentang faktor risiko dan pelindung yang hadir dalam kehidupan bekas banduan sepanjang berintegrasi semula. Model ini menunjukkan bekas banduan berada di dalam suatu ekologi kehidupan di mana faktor risiko dan pelindung ini akan mengelilingi sepanjang proses integrasi. Faktor ini menentukan sama ada bekas banduan ini cenderung untuk terlibat di dalam pengulangan jenayah (residivisme) atau berhenti jenayah (desistan). Model ini menunjukkan dengan teliti faktor risiko dan desistan yang boleh wujud di dalam proses integrasi semula bekas banduan. Malahan, model ini menunjukkan kehidupan bekas banduan bukan suatu yang mudah apabila ia melibatkan perjalanan yang berliku dan mencabar. Malahan, model ini juga menunjukkan tentang titik yang membawa maksud tentang peristiwa kehidupan yang dilalui oleh bekas banduan. Model ini dijangka dapat memberi inspirasi kepada Jabatan Penjara Malaysia untuk memahami proses kehidupan yang bakal dilalui oleh bekas banduan. Ia bertujuan agar Jabatan Penjara Malaysia lebih cakna dengan proses integrasi semula dan mengambil inisiatif untuk memperkenalkan program pasca pembebasan yang lebih holistik pada masa akan datang. Residivisme-desistan dan ekologi integrasi semula bekas banduan (RDEI) telah berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 3 Mei 2021 dengan nombor pendaftaran LY2021P01606

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jasni, Mohd Alif
UNSPECIFIED
Abu Bakar Ah, Siti Hajar
UNSPECIFIED
Omar, Noralina
UNSPECIFIED
Che Mohd Nasir, Norruzeyati
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Human behavior. Behaviorism. Neobehaviorism. Behavioral psychology
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Page Range: pp. 16-20
Keywords: faktor risiko, faktor pelindung, residivisme, desistan, bekas banduan, integrasi semula
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55540
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 55540.pdf] Text
55540.pdf

Download (364kB)

ID Number

55540

Indexing