Abstract
Karya ini merupakan model yang membincangkan tentang faktor risiko dan pelindung yang hadir dalam kehidupan bekas banduan sepanjang berintegrasi semula. Model ini menunjukkan bekas banduan berada di dalam suatu ekologi kehidupan di mana faktor risiko dan pelindung ini akan mengelilingi sepanjang proses integrasi. Faktor ini menentukan sama ada bekas banduan ini cenderung untuk terlibat di dalam pengulangan jenayah (residivisme) atau berhenti jenayah (desistan). Model ini menunjukkan dengan teliti faktor risiko dan desistan yang boleh wujud di dalam proses integrasi semula bekas banduan. Malahan, model ini menunjukkan kehidupan bekas banduan bukan suatu yang mudah apabila ia melibatkan perjalanan yang berliku dan mencabar. Malahan, model ini juga menunjukkan tentang titik yang membawa maksud tentang peristiwa kehidupan yang dilalui oleh bekas banduan. Model ini dijangka dapat memberi inspirasi kepada Jabatan Penjara Malaysia untuk memahami proses kehidupan yang bakal dilalui oleh bekas banduan. Ia bertujuan agar Jabatan Penjara Malaysia lebih cakna dengan proses integrasi semula dan mengambil inisiatif untuk memperkenalkan program pasca pembebasan yang lebih holistik pada masa akan datang. Residivisme-desistan dan ekologi integrasi semula bekas banduan (RDEI) telah berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 3 Mei 2021 dengan nombor pendaftaran LY2021P01606
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Jasni, Mohd Alif UNSPECIFIED Abu Bakar Ah, Siti Hajar UNSPECIFIED Omar, Noralina UNSPECIFIED Che Mohd Nasir, Norruzeyati UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Human behavior. Behaviorism. Neobehaviorism. Behavioral psychology B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Page Range: | pp. 16-20 |
Keywords: | faktor risiko, faktor pelindung, residivisme, desistan, bekas banduan, integrasi semula |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55540 |