Pembelajaran jarak jauh terbuka (ODL): Pengalaman siswa guru Institut Pendidikan Guru (IPG) / Lim Zhe-Yu

Lim, Zhe-Yu (2021) Pembelajaran jarak jauh terbuka (ODL): Pengalaman siswa guru Institut Pendidikan Guru (IPG) / Lim Zhe-Yu. In: E-Proceeding 8th International Conference on Public Policy and Social Science (ICoPS) 2021, 27 Oktober 2021.
Abstract

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat daripada penularan Virus Covid-19 telah mewajibkan penutupan institusi pendidikan di seluruh Malaysia. Akibatnya, pembelajaran bersemuka telah beralih kepada Open and Distance Learning (ODL) untuk memastikan penerusan pembelajaran. ODL ditakrifkan sebagai proses pembelajaran yang memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) untuk memudahcarakan pembelajaran (Keegan, 1980; Berg & Simonson, 2016). Sejak dekad yang lalu, ODL menjadi semakin popular dalam institusi pengajian tinggi (IPT) di serantau dunia (Mahlangu, 2018) termasuk Malaysia (Tuan Fatma et al., 2019). Dengan pelaksanaan PKP, semua pengajar dan pelajar terpaksa menyesuaikan diri dengan ODL.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 54526.pdf]
Text
54526.pdf
Download (288kB)
Indexing & Metrics