Penafsiran Sheikh Ahmad Mustafa Al Marāghī berkaitan sifat-sifat allah dalam Tafsīr Al-Marāghī: satu analisis.

Sopian, Anuar and Kamarudin, Nur Asyikeen and Hamzah, Fazlinda and Sharifudin, Mohd Azlan Shah (2021) Penafsiran Sheikh Ahmad Mustafa Al Marāghī berkaitan sifat-sifat allah dalam Tafsīr Al-Marāghī: satu analisis. e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU), 4 (1). pp. 55-71. ISSN 2006-9617
Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti apakah kaedah dan ciri-ciri penulisan Tafsir al-Marāghī dan bagaimanakah pemikiran Sheikh Ahmad Muṣṭafā al-Marāghī dalam mentafsirkan ayat-ayat tentang sifat-sifat Allah dalam kitab tafsirnya itu. Selain itu apakah penyebab yang mendorongnya untuk mentafsirkan ayat-ayat tersebut. Metod pengumpulan data kajian ini dengan menggunakan kajian perpustakaan. Manakala metod analisis data pula menggunakan kaedah deduktif dan analisis dokumen melalui karya Tafsir al-Maraghi itu sendiri. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penafsiran Sheikh Ahmad Mustafa al-Marāghī dalam menganalisis sifat-sifat Allah s.w.t yang ada di dalam al-Quran cenderung dengan pemikiran aliran Muktazilah. Semua sifat-sifat Allah adalah baik dan mengandungi kemaslahatan untuk semua umat manusia. Selain itu, dalam permasalahan yang berkaitan dengan ayat-ayat tajsīm (berjisim) Sheikh Ahmad Mustafa al-Marāghī memberikan penafsiran yang sama dengan penafsiran yang diberikan oleh aliran teologi rasional dengan mentakwilkan kata-kata ‘ain, wajh, yad dan yamīn. Beliau tidak menfsirkannya secara harfiah seperti yang dilakukan oleh aliran teologi tradisional. Seterusnya dalam menafsirkan perkataan istawa ‘ala ‘arsy, Sheikh al-Marāghi dilihat agak keberatan untuk mentakwilkannya lebih jauh tetapi tidak menyamakan istiwa Allah dengan istiwa manusia kerana bimbang terjerumus kepada tasybīh dan tajsīm.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 54470.pdf]
Text
54470.pdf
Download (506kB)
Indexing & Metrics