Penafsiran Sheikh Ahmad Mustafa Al Marāghī berkaitan sifat-sifat allah dalam Tafsīr Al-Marāghī: satu analisis / Anuar Sopian … [et al.]

Sopian, Anuar and Kamarudin, Nur Asyikeen and Hamzah, Fazlinda and Sharifudin, Mohd Azlan Shah (2021) Penafsiran Sheikh Ahmad Mustafa Al Marāghī berkaitan sifat-sifat allah dalam Tafsīr Al-Marāghī: satu analisis / Anuar Sopian … [et al.]. e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU), 1. pp. 55-71. ISSN 2006-9617

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti apakah kaedah dan ciri-ciri penulisan Tafsir al-Marāghī dan bagaimanakah pemikiran Sheikh Ahmad Muṣṭafā al-Marāghī dalam mentafsirkan ayat-ayat tentang sifat-sifat Allah dalam kitab tafsirnya itu. Selain itu apakah penyebab yang mendorongnya untuk mentafsirkan ayat-ayat tersebut. Metod pengumpulan data kajian ini dengan menggunakan kajian perpustakaan. Manakala metod analisis data pula menggunakan kaedah deduktif dan analisis dokumen melalui karya Tafsir al-Maraghi itu sendiri. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penafsiran Sheikh Ahmad Mustafa al-Marāghī dalam menganalisis sifat-sifat Allah s.w.t yang ada di dalam al-Quran cenderung dengan pemikiran aliran Muktazilah. Semua sifat-sifat Allah adalah baik dan mengandungi kemaslahatan untuk semua umat manusia. Selain itu, dalam permasalahan yang berkaitan dengan ayat-ayat tajsīm (berjisim) Sheikh Ahmad Mustafa al-Marāghī memberikan penafsiran yang sama dengan penafsiran yang diberikan oleh aliran teologi rasional dengan mentakwilkan kata-kata ‘ain, wajh, yad dan yamīn. Beliau tidak menfsirkannya secara harfiah seperti yang dilakukan oleh aliran teologi tradisional. Seterusnya dalam menafsirkan perkataan istawa ‘ala ‘arsy, Sheikh al-Marāghi dilihat agak keberatan untuk mentakwilkannya lebih jauh tetapi tidak menyamakan istiwa Allah dengan istiwa manusia kerana bimbang terjerumus kepada tasybīh dan tajsīm.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sopian, Anuar
UNSPECIFIED
Kamarudin, Nur Asyikeen
UNSPECIFIED
Hamzah, Fazlinda
UNSPECIFIED
Sharifudin, Mohd Azlan Shah
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Sacred books > Koranic and other Islamic legends
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Theology (Kalam)
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
ISSN: 2006-9617
Volume: 1
Page Range: pp. 55-71
Keywords: Penafsiran ayat; Sifat Allah; Aliran kalam dan takwil
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54470
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 54470.pdf] Text
54470.pdf

Download (506kB)

ID Number

54470

Indexing

Statistic

Statistic details