Perlaksanaan pengajaran & pembelajaran menerusi "Fan-Q board game": kajian rintis di SK Sura, Terengganu / Nik Fazlin Hiryati Nik Jaafar … [et al.]

Nik Jaafar, Nik Fazlin Hiryati and Awang, Azarudin and Ibrahim, Norlaila and Mohd Sallem, Nur Raihana and Wan Chek, Wan Ahmad Khusairi (2021) Perlaksanaan pengajaran & pembelajaran menerusi "Fan-Q board game": kajian rintis di SK Sura, Terengganu / Nik Fazlin Hiryati Nik Jaafar … [et al.]. e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU), 1. pp. 14-29. ISSN 2006-9617

Abstract

Realitinya, pengajaran dan pembelajaran (PnP) kontemporari mendambakan inovasi dan kreativiti dalam sistem pendidikannya. Kaedah PnP secara bermain banyak dilaksanakan dengan reka bentuk permainan yang pelbagai bertujuan untuk meningkatkan lagi pengalaman pembelajaran dalam kalangan pelajar. Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan pendekatan belajar dengan kaedah bermain iaitu menerusi Fan-Q Board Game dalam pembelajaran pendidikan Islam. Selanjutnya, kajian ini ingin mengenal pasti aspek-aspek yang memerlukan penambahbaikan bagi memastikan aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual ke atas lapan (8) orang murid dan dua (2) orang guru. Selain itu, kaedah observasi juga turut dilakukan sepanjang aktiviti dijalankan. Hasil dapatan menunjukkan pelaksanaan PnP bagi mata pelajaran pendidikan Islam melalui aktiviti “Fan-Q Board Game” dapat membantu murid-murid dalam mengingati fakta sejarah Islam, kisah binatang berdasarkan ayat al-Quran, asas ajaran agama dan sebutan zikir dengan lebih cepat. Selain itu, pelaksanaan aktiviti “Fan-Q Board Game” juga mampu memupuk sikap positif seperti bekerjasama, bersabar dan jujur dalam kalangan kanak-kanak. Kajian juga mendapati antara aspek yang perlu diberi perhatian bagi menambah keseronokan semasa beraktiviti ialah berkenaan dengan tahap kesukaran soalan, tempoh masa yang tidak terlalu panjang dan denda dalam bentuk tertentu seperti berundur dari kotak terkini sebagai hukuman. Biarpun begitu, reka bentuk pembelajaran berasaskan permainan “Fan-Q Board Game” ini mempunyai prospektif dan potensi tinggi untuk diaplikasikan dalam konteks pendidikan Islam pada semua peringkat umur.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Nik Jaafar, Nik Fazlin Hiryati
UNSPECIFIED
Awang, Azarudin
UNSPECIFIED
Ibrahim, Norlaila
UNSPECIFIED
Mohd Sallem, Nur Raihana
UNSPECIFIED
Wan Chek, Wan Ahmad Khusairi
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research
L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
ISSN: 2006-9617
Volume: 1
Page Range: pp. 14-29
Keywords: Eksperimen; PnP; Fan-Q Board; Kanak-kanak; Pembelajaran aktif; Pendidikan Islam
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54455
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 54455.pdf] Text
54455.pdf

Download (400kB)

ID Number

54455

Indexing

Statistic

Statistic details