Abstract
Konflik dan perselisihan faham dalam rumahtangga adalah lumrah dalam perkahwinan. Ia dialami oleh setiap pasangan yang melalui sebuah perkahwinan samada yang bahagia atau sebaliknya. Menurut John Gattman (1999) konflik berlaku dalam setiap perkahwinan ianya tidak terkecuali melanda perkahwinan yang paling bahagia. Pepatah Melayu juga ada menyebut "sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri" yang menggambarkan dalam satu situasi yang akrab, perselisihan tidak dapat dielakkan. Dalam perkahwinan, masalah komunikasi sering menjadi punca berlaku pertengkaran yang menjurus kearah kegoyahan rumahtangga. Seringkali cara berkomunikasi yang tidak berhemah, seperti penggunaan bahasa yang kasar, intonasi yang tidak bersesuaian dalam situasi tertentu, bahasa tubuh yang membuatkan pasangan silap tafsir dan tidak memahami mesej yang disampaikan boleh mencetuskan pertelingkahan dan konflik dalam rumahtangga. Justru, Komunikasi sangat penting dalam kehidupan manusia terutamanya suami isteri, untuk membina keharmonian perkahwinan dan kesejahteraan keluarga. Malah terlalu banyak masalah komunikasi yang melanda pasangan yang berkahwin sehingga boleh menyebabkan berlakunya perceraian dan keruntuhan rumahtangga. Berdasarkan itu, kajian ini, akan menyelidik konflik perkahwinan masyarakat Melayu di Selangor dari perspektif kamunikasi keluarga. Selangor dipilih sebagai tempat kajian berdasarkan statistik pendaftaran perceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam tempuh 10 tahun dari tahun 2000 hingga 2010 dimana dalam kajian itu Selangor mendahului negeri yang tertinggi bilangan pasangan yang bercerai diikuti dengan Kelantan, Johor dan Kedah. Methodolagi kajian akan dibuat dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu indepth interview (interview secara mendalam) keatas beberapa pasangan Melayu yang telah berkahwin di sekitar negeri Selangor, Malaysia. Selain itu, temuramah juga akan dijalankan keatas peguam dan kaunselor perkahwinan untuk mendapatkan maklumat tambahan berkaitan kajian. Diharap hasil kajian ini dapat dimanafaatkan kepada masyarakat khususnya masyarakat Melayu di seluruh Malaysia dan menjadi panduan bagi Jabatan dan Kementerian yang berkaitan untuk memperkasakan institusi perkahwinan dan kekeluargaan agar dapat membendung perceraian dan mengharmonikan institusi kekeluargaan di negara ini khususnya di Negeri Selangor.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ariffin, Hariyati hariyatiariffin@yahoo.com |
Subjects: | H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > The family. Marriage. Home > The state and marriage H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > The family. Marriage. Home H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > The family. Marriage. Home > Divorce > The state and divorce |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka |
Event Title: | International Conference on Islamic Business, Art, Culture & Communication (ICIBACC 2014) |
Event Dates: | 26 - 27 |
Page Range: | p. 58 |
Keywords: | Komunikasi keluarga; Perkahwinan; Perceraian; Konflik; Masyarakat Melayu |
Date: | 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54412 |