Abstract
Ibn Khaldun seorang tokoh pemikir peradaban Islam yang cukup istimewa dalam sejarah. Beliau aktif dalam kerja-kerja akademiknya pada penghujung abad ke 14M/8H yang merupakan era peradaban dan ketamadunan Islam sedang berada di ambang kemerosotan. Sebagai ahli falsafah sejarah, beliau bertuah kerana berpeluang menyaksikan fasa akhir dalam kitaran atau pusingan sejarah peradaban dan ketamadunan Islam. Bermula dengan proses bangkit, mencapai kegemilangan dan kemudiannya mengalami kemerosotan dan beliau merupakan tokoh yang menelusuri sebahagian daripada proses tersebut. Pemikiran Ibn Khaldun bukan hanya berkembang dan dibahas oleh masyarakat setempat, malah aliran pemikirannya mempengaruhi aliran pemikiran masyarakat alam Melayu dalam aspek sosio budaya, politik, ekonomi dan sosial. Pengaruh Ibn Khaldun dalam aliran pemikiran Melayu amat signifikan dalam senario budaya masyarakat Melayu. Persoalannya, sejauhmanakah pemikiran Ibn Khaldun mempengaruhi aliran pemikiran alam Melayu, bagaimana pemikiran ini diindoktrinasi dalam masyarakat dan apakah aliran pemikiran lbn Khaldun mampu mempengaruhi masyarakat alam Melayu. Kertas kerja ini akan cuba menganalisis secara dekat, pengaruh pemikiran Ibn Khaldun dalam masyarakat Melayu dari pelbagai aspek, dan sumbangannya dalam pembangunan negara.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Bahrom, Hasan hasanbahrom@gmail.com Alias, Baterah baterah@salam.uitm.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion. Mythology. Rationalism > Philosophy of religion. Psychology of religion. Religion in relation to other subjects B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka |
Event Title: | International Conference on Islamic Business, Art, Culture & Communication (ICIBACC 2014) |
Page Range: | p. 48 |
Keywords: | Legasi pemikiran; Pemikiran Ibn Khaldun; Ibn Khaldun di Alam Melayu |
Date: | 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54401 |