Teodisi menurut Imam Al-Ghazali (W. 1111M) / Nurhanisah Senin dan Mustafa Kamal Amat Misra

Senin, Nurhanisah and Amat Misra, Mustafa Kamal (2021) Teodisi menurut Imam Al-Ghazali (W. 1111M) / Nurhanisah Senin dan Mustafa Kamal Amat Misra. In: 4th International Islamic Heritage Conference 2021 (ISHEC ’21). Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Alor Gajah, Melaka, p. 75. ISBN 978-967-17038-0-9

Abstract

Konsep keadilan Tuhan merupakan antara isu utama dalam perbahasan teologi. Persoalan yang sering timbul dalam pemikir agama adalah bagaimana Tuhan yang Maha Adil dan Maha Baik berlaku tidak adil dengan menimpakan musibah dan penderitaan ke atas hambaNya. Kertas kerja ini meneliti perbahasan yang ditulis oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Iḥyā’ ‘Ulūm al-Dīn serta al-Iqtiṣād fi al-‘Itiqād dalam memahami konsep baik dan buruk serta kaitan penderitaan manusia dengan af‘āl Allah. Kajian ini menggunapakai kaedah analisis kandungan dengan menganalisis perbahasan teodisi dalam penulisan Imam al-Ghazali. Hasil kajian mendapati Imam al-Ghazali menekankan kebaikan dan keburukan di sisi Allah bukanlah sesuatu yang ditetapkan oleh manusia mengikut timbangan akal manusia. Dalam perbincangannya, al-Ghazali sangat menekankan hukum harus ke atas perbuatan Allah dan kelemahan manusia dalam memahami apa yang baik dan buruk pada pandangan Allah. Perbincangan al-Ghazali disimpulkan dengan keterangan beliau dalam kitab Iḥyā’ ‘Ulūm al-Dīn di mana menurut beliau setiap yang terjadi tidaklah mungkin terdapat yang lebih baik daripada hal yang telah terjadi. Tuntasnya, dalam memahami af‘āl Allah, pasti terdapat kebaikan bagi setiap individu yang meyakini Allah sebagai sebaik-baik pemelihara dan pelindung lantaran tidak sepatutnya ketidak adilan itu disabitkan kepada Allah atas alasan segala yang terjadi adalah harus hukumnya di sisi Tuhan.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Senin, Nurhanisah
UNSPECIFIED
Amat Misra, Mustafa Kamal
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > Islamic philosophy
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Theosophy
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Volume: 4
Page Range: p. 75
Keywords: Teodisi; Keburukan; Penderitaan manusia; Perbuatan Allah; Al-Ghazali
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54309
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Abstract Only] Text (Abstract Only)
54309.pdf

Download (876kB)

ID Number

54309

Indexing

Statistic

Statistic details