Komik Melayu: analisis dakwah dan nilai murni menerusi karya Rejabhad “Tan Tin Tun” / Fazlina Mohd Radzi … [et al.]

Mohd Radzi, Fazlina and Mohammad Noh, Liza Marziana and Abd Razak, Haslinda and Dasuki, Shaliza and Karimon, Nor Arseha (2021) Komik Melayu: analisis dakwah dan nilai murni menerusi karya Rejabhad “Tan Tin Tun” / Fazlina Mohd Radzi … [et al.]. In: 4th International Islamic Heritage Conference 2021 (ISHEC ’21). Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Alor Gajah, Melaka, p. 65. ISBN 978-967-2846-07-9

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji akan maksud serta gaya penyampaian dakwah menerusi komik melayu lama “Tan Tin Tun”, hasil karya oleh Allahyarham Rejabhad. Selain itu juga, pengkaji akan menyusuri akan sejarah permulaan kartun serta komik
Melayu di Malaysia yang bertemakan dakwah bermula dari zaman pra kemerdekaan dan pasca kemerdekaan secara ringkas.Pemilihan Allahyarham Kartunis Rejabhad yang juga dikenali dengan gelaran sebagai Penghulu Kartun telah menjadi guru kepada ramai kartunis-kartunis dan pelukis komik ternama di Malaysia. Beliau juga merupakan salah seorang tunjang utama di dalam penerbitan majalah Kartun pertama Malaysia Gila-Gila yang masih bertahan sehingga kini. Pengkaji berpendapat adalah amat penting karya beliau dikaji secara lebih mendalam, yang mana ianya bukan setakat untuk menghargai beliau malah diharapkan menjadi satu bentuk dokumenantasi untuk rujukan penulisan yang akan datang. Pendekatan kajian dan penulisan ini adalah memahami apresiasi bentuk dan makna karya dan juga konteks penghasilannya. Menggunakan metodologi sejarah seni berasaskan analisis mengikut konteks (contextual analysis) dijadikan asas di dalam pengkajian ini. Merangkumi aspek deskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan digunakan sebagai panduan dalam penelitian karya. Penemuan kajian ini menunjukkan nilai sosial dakwah dan impak budaya masyarakat Melayu menerusi kaca mata Rejabhad.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Radzi, Fazlina
UNSPECIFIED
Mohammad Noh, Liza Marziana
UNSPECIFIED
Abd Razak, Haslinda
UNSPECIFIED
Dasuki, Shaliza
UNSPECIFIED
Karimon, Nor Arseha
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Missionary work of Islam
N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Caricature. Pictorial humor and satire > Comic books, strips, etc
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Volume: 4
Page Range: p. 65
Keywords: Komik; Dakwah; Rejabhad
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54300
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Abstract Only] Text (Abstract Only)
54300.pdf

Download (933kB)

ID Number

54300

Indexing

Statistic

Statistic details