Abstract
Banyak kajian-kajian lepas membincangkan isu yang dihadapi pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dalam memahami skop dan topik bahasa Arab disebabkan kekurangan bahan rujukan berbahasa Arab berbantukan teknologi. Di UiTM, bahasa Arab merupakan kursus elektif yang mesti diambil oleh pelajar dari tiga gugusan iaitu gugusan sains sosial dan kemanusiaan, gugusan sains dan teknologi serta gugusan sains pengurusan dan perniagaan. Para pelajar tersebut datang dari pelbagai latar belakang pendidikan berbeza menyebabkan mereka sukar menguasai bahasa Arab dengan baik. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan sebuah permainan melalui aplikasi peranti mudah alih dengan merujuk kepada isi kandungan kurikulum bahasa Arab UiTM serta garis panduan yang disediakan oleh pensyarah berpengalaman. Justeru, isi kandungan yang terdapat dalam aplikasi ini lebih terarah dan sistematik. Pembangunan prototaip kajian ini merujuk kepada model Pembelajaran Berasaskan Permainan (Game-Based Learning model) dan rangka kerja Agile dijadikan sebagai metodologi bagi menyiapkan keseluruhan kajian. Setelah prototaip selesai dibangunkan, penilaian menerusi adaptasi dari Model E-Game flow dijana. Penilaian kajian ini tertumpu kepada keseronokan/enjoyment ketika menggunakan aplikasi yang dihasilkan. Hasil analisis deskriptif mendapati bahawa majoriti responden menyokong kenyataan yang diberikan di dalam soal selidik kajian.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zulhemay, Mohd Nabil UNSPECIFIED Mazlan, Nurul Asma UNSPECIFIED Mat Husin, Mohamad Farham UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Perception P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language > Study and teaching |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Volume: | 4 |
Page Range: | p. 67 |
Keywords: | Pembelajaran berasaskan permainan; Pembelajaran Bahasa Arab; Aplikasi peranti mudah alih |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54299 |