Abstract
Pendidikan Islam di Negeri Johor telah lama berkembang sejak 1920an lagi. Beberapa perubahan cuba dilaksanakan sebagai proses penambahbaikan sistem pembelajaran seiring dengan sistem pendidikan kebangsaan, termasuklah membuat perubahan penjadualan sesi pembelajaran yang dikenal sebagai sesi pengajian 2..3.. Tujuan utamanya bagi membuka ruang yang lebih lama sesi pembelajaran pelajar di sekolah agama. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kekuatan dan kekurangan dalam sesi pengajian 2..3.. yang diperkenalkan pada 2008. Berbantukan soal selidik kepada guru dan ibubapa, kajian mendapati majoritinya kurang setuju dengan pelaksanaan sesi pengajian 2..3.. ditambah pula dengan prestasi semasa yang menunjukkan terdapat sedikit kekurangan. Oleh kerana ia baharu sahaja diperkenalkan, beberapa ubah suai dan penambahbaikan sistem ini dicadangkan termasuklah mengatur semula penjadualan waktu persekolahan. Pendidikan agama yang sekian lama berperanan seharusnya mampu memberi impak besar kepada pembentukan pribadi murid dan ia boleh dilaksanakan dengan kesungguhan kerajaan negeri dan komitmen para guru serta sokongan massa.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yaakob, Ahmad Nawani UNSPECIFIED Mohamed, Nor Rashidah UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Jangga, Rohani UNSPECIFIED Editor Jalaluddin, Ainol Hasanal UNSPECIFIED Editor Soo, Carolyn Kum Yoke UNSPECIFIED Editor Sain, Noridah UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Primary Education L Education > LC Special aspects of education > Islamic education > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor |
Event Title: | 8th Academic Conference, ACCON 2012 UiTM Cawangan Johor |
Event Dates: | 2 - 4 November 2012 |
Keywords: | Pendidikan Islam, pendidikan kebangsaan, pendidikan agama, sistem anjal, UiTM Cawangan Johor |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54281 |