Sumbangan intelektual Ibnu Majid (1432m-1507m) dalam geografi pelayaran di pesisiran Afrika Timur: kajian terhadap karya – karyanya terpilih / Asma Wardah Surtahman dan Misri Abdul Muchsin

Surtahman, Asma Wardah and Abdul Muchsin, Misri (2021) Sumbangan intelektual Ibnu Majid (1432m-1507m) dalam geografi pelayaran di pesisiran Afrika Timur: kajian terhadap karya – karyanya terpilih / Asma Wardah Surtahman dan Misri Abdul Muchsin. In: 4th International Islamic Heritage Conference 2021 (ISHEC ’21). Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Alor Gajah, Melaka, p. 61. ISBN 978-967-2846-07-9

Abstract

Ibnu Majid adalah seorang tokoh pelayar muslim terkenal di perairan Lautan Hindi pada abad ke-15M. Nama beliau ialah Ahmad bin Majid bin Muhammad ʻAmr bin Fadl bin Duwaik bin Yusuf bin Hasan bin Husin bin Abi Maʻlaq al-Saʻadi bin Abi al-Rakayib al-Najdi dan berasal dari Julfar (kini Ra’s al-Khaimah, Emiriah Arab Bersatu). Penyelidikan ini bertujuan untuk menganalisis sumbangan intelektual Ibnu Majid dalam geografi pelayaran berdasarkan catatan beliau. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan manuskrip yang dijilidkan oleh Ibrahim Khuri mengandungi karya-karya Ibnu Majid iaitu Kitab Al-Fawa’id fi Usul ‘Ilm Al-Bahr wa al-Qawaʻid, Urjuzah al-Sufaliyyah, Urjuzah al-Sabʻiyyah dan Urjuzah al-Muʻarribah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan teknik dokumentasi dalam pengumpulan data dan analisis kandungan konvensional dalam menganalisis data. Hasil kajian ini menunjukkan sumbangan Ibnu Majid dalam mencatat panduan lengkap bagi pelayaran di sekitar pesisiran Afrika Timur dengan mengemukakan teori laluan dan laluan alternatif serta panduan pelayaran berbentuk ciri fizikal. Teori geografi yang dicatatkan oleh Ibnu Majid ini menjamin keselamatan dan keamanan di dalam pelayaran sehingga sampai ke destinasi yang ditujui.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Surtahman, Asma Wardah
UNSPECIFIED
Abdul Muchsin, Misri
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > History of geography
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z Book (General). Writing. Paleography. Book industries and trade. Libraries. Bibliography > General bibliography > Books and reading. Choice of books. Book reviews
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Volume: 4
Page Range: p. 61
Keywords: Ibnu Majid; Intelektual; Pelayar; Geografi pelayaran; Afrika Timur
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54260
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Abstract Only] Text (Abstract Only)
54260.pdf

Download (882kB)

ID Number

54260

Indexing

Statistic

Statistic details