Analisis Tinjauan Literatur Sistematik (SLR) berkaitan penentu gelagat filantropi / Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz … [et al.]

Mohd Aziz, Mohd Khairul Nizam and Mustafar, Mohd Zaid and Abdul Razak, Abdul Qayuum and Mohd Fadzil, Muhammad Faidz and Mohd Noor, Muaz (2021) Analisis Tinjauan Literatur Sistematik (SLR) berkaitan penentu gelagat filantropi / Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz … [et al.]. In: 4th International Islamic Heritage Conference 2021 (ISHEC ’21). Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Alor Gajah, Melaka, p. 60. ISBN 978-967-2846-07-9

Abstract

Filantropi merupakan suatu pengaplikasian dan kefahaman ilmu Islam yang menjadi kebiasaan serta amalan umat Islam bagi kesejahteraan ummat. Keadaan ini akan lebih signifikan apabila ia dikaitkan dengan musibah yang menimpa sehingga menjejaskan kesejahteraan sosial dan ekonomi kehidupan mereka. Agama Islam juga telah menggariskan penekanan amalan filantropi melalui zakat, sedekah dan wakaf. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kajian-kajian mengenai filantropi yang telah dijalankan dan diterbitkan di negara Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Selain itu kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti tema perbincangan atau bidang kajian para sarjana dalam penyelidikan mereka mengenai filantropi. Kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan (content analysis) dan berpandukan kaedah tinjauan literatur sistematik (SLR). Kajian ini merupakan analisis literatur terdahulu berkaitan filantropi dan fokus terhadap artikel yang diterbitkan mulai tahun 2011 sehingga 2021. Hasil kajian mendapati terdapat sejumlah artikel telah dikenal pasti melalui tiga pangkalan data utama iaitu 99 artikel Scopus, 111 artikel Web of Science, dan 22 artikel My Jurnal yang meliputi pelbagai bentuk iaitu artikel jurnal, prosiding seminar, bab dalam buku dan buku. Dari aspek cadangan, kertas kerja dapat menjadi rujukan dalam usaha mengangkat kajian-kajian berkaitan filantropi sekaligus menyumbang kepada perkembangan filantropi di Malaysia. Kajian ini merumuskan terdapat keperluan untuk melakukan kajian lanjutan terhadap aspek yang kurang mendapat perhatian bagi menambah baik pelaksanaan filantropi khususnya di Malaysia.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Aziz, Mohd Khairul Nizam
UNSPECIFIED
Mustafar, Mohd Zaid
UNSPECIFIED
Abdul Razak, Abdul Qayuum
UNSPECIFIED
Mohd Fadzil, Muhammad Faidz
UNSPECIFIED
Mohd Noor, Muaz
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Human behavior. Behaviorism. Neobehaviorism. Behavioral psychology
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Philosophy. Relation to other topics
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Volume: 4
Page Range: p. 60
Keywords: Penentu gelagat; Filantropi; Tinjauan Literatur Sistematik
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54259
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Abstract Only] Text (Abstract Only)
54259.pdf

Download (819kB)

ID Number

54259

Indexing

Statistic

Statistic details