Sorotan awal terhadap amalan pengurusan harta pusaka di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) / Nor Azlina Abd Wahab dan Mohd Zamro Muda

Abd Wahab, Nor Azlina and Muda, Mohd Zamro (2021) Sorotan awal terhadap amalan pengurusan harta pusaka di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) / Nor Azlina Abd Wahab dan Mohd Zamro Muda. In: 4th International Islamic Heritage Conference 2021 (ISHEC ’21). Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Alor Gajah, Melaka, p. 58. ISBN 978-967-2846-07-9

Abstract

Para fuqaha telah berselisih pandangan mengenai harta pusaka si mati yang tidak berwaris atau ada waris tetapi masih terdapat lebihan setelah diberikan kepada waris yang berhak menurut hukum syarak. Sama ada harta pusaka tersebut akan diserahkan kepada baitulmal atau dikembalikan kepada waris mengikut kaedah al-Radd atau diwariskan kepada waris dhawi arham. Namun begitu, menurut pandangan mazhab Syafie harta pusaka tersebut hendaklah diserahkan kepada baitulmal. Walau bagaimanapun, fuqaha mutaakhir mazhab Syafie mensyaratkan baitulmal perlu diurus secara teratur oleh pemimpin yang adil supaya harta pusaka milik baitulmal dapat ditadbir secara baik dan sistematik. Namun timbul isu dan persoalan mengenai status baitulmal dalam mewarisi harta pusaka di Malaysia. Hal ini menimbulkan kekeliruan dan perselisihan dalam menentukan pandangan yang perlu diikuti dalam membuat sesuatu keputusan, sama ada perlu mengikut pandangan awal mazhab Syafie atau pandangan mutaakhir. Kertas kerja ini akan membincangkan sejarah perkembangan dan peranan baitulmal di Malaysia. Selain itu, pewarisan baitulmal dan amalan pengurusan harta pusaka turut dibincangkan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi analisis terhadap sumber primer dan sekunder. Kajian dokumen dianalisis secara deduktif dan induktif bagi memastikan kesahihan setiap maklumat yang dikemukakan serta menilai fakta yang ada. Hasil kajian mendapati bahawa tiada pendirian yang kukuh dan tiada satu garis panduan khusus yang meletakkan pandangan mana dari mazhab Syafie ini perlu diikuti. Tambahan pula pandangan mazhab Syafie diterima pakai dalam proses pengurusan dan pembahagian harta pusaka di Malaysia.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Abstract Only] Text (Abstract Only)
54257.pdf

Download (819kB)

ID Number

54257

Indexing

Statistic

Statistic details