Identifikasi al-Hind berdasarkan mu’jam al-Buldān oleh al-Hamawī: kajian terhadap huruf al-Qāf dan al-Kāf / Rusni Mohamad dan Thuraya Ahmad

Mohamad, Rusni and Ahmad, Thuraya (2021) Identifikasi al-Hind berdasarkan mu’jam al-Buldān oleh al-Hamawī: kajian terhadap huruf al-Qāf dan al-Kāf / Rusni Mohamad dan Thuraya Ahmad. In: 4th International Islamic Heritage Conference 2021 (ISHEC ’21). Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Alor Gajah, Melaka, p. 49. ISBN 978-967-2846-07-9

Abstract

al-Hind merupakan nama tempat yang banyak disebut dalam teks Arab klasik. Ia boleh ditemui dalam syair, tafsir al-Quran, hadith, karya penjelasan hadith, sejarah dan sebagainya. Bagaimanapun, merujuk teks tersebut tanpa penelitian boleh menimbulkan salah faham bahawa al-Hind semestinya bermaksud Subbenua India. Tidak hairanlah banyak penulisan moden yang merujuk keistimewaan al-Hind yang disebut dalam teks Arab klasik sebagai kehebatan yang telah dikecapi oleh Tamadun India. Oleh yang demikian, kajian ini berinisiatif untuk mengemukakan maksud al-Hind dengan memberi fokus kepada bahagian al-Qāf dan bahagian al-Kāf dalam kitab Mu’jam al-Buldān oleh Yāqūt al-Ḥamawī. Pengumpulan data diusahakan dengan menjalankan kajian kepustakaan menggunakan sumber induk Mu’jam al-Buldān serta sumber-sumber lain yang berkaitan untuk penjelasan lanjut. Kajian bermula dengan mengeluarkan nama-nama lokasi yang diklasifikasikan oleh al- Ḥamawī dalam rantau al-Hind daripada senarai di bawah bahagian al-Qāf dan bahagian al- Kāf. Ia diikuti dengan mengumpul maklumat tempatan bagi setiap lokasi. Seterusnya, pendekatan analisis tekstual dipilih bagi mengolah data yang didapati. Hasilnya, kajian ini dapat mengenalpasti 12 nama tempat yang termasuk dalam rantau al-Hind; yang mana 9 daripadanya terletak di Asia Selatan, 2 di Semenanjung Tanah Melayu dan 1 di Indo-China. Identifikasi al-Hind atau penamaan rantau India pada masyarakat Arab dahulu kala didapati meliputi Asia Selatan, Kepulauan Melayu dan Indo-China. Sehubungan dengan itu, kajian berpandangan bahawa adalah tidak wajar menganggap mana-mana karakteristik al-Hind dalam kitab klasik Arab adalah milik Subbenua India tanpa penelitian terlebih dahulu. Walhal, maklumat terperinci boleh didapati dalam kitab-kitab klasik Arab yang ternyata sangat berguna untuk mendapat gambaran yang jelas.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Abstract Only] Text (Abstract Only)
54248.pdf

Download (914kB)

ID Number

54248

Indexing

Statistic

Statistic details