Abstract
Abu ‘Abd Allah Muḥammad bin Khalil al-Sakuni al-‘Ishbili al-Qayrawani atau lebih dikenali dengan Muhammad bin Khalil al-Sakuni merupakan seorang tokoh ulama terkemuka dalam mazhab akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaʿah al-Asha’irah pada abad ke 7 Hijrah. Beliau meneruskan kesinambungan pemikiran akidah yang dibawa oleh Imam Abu al -Hasan al- Ash’ari (m. 324H) di dunia barat Islam. Beliau merupakan seorang sarjana yang banyak meninggalkan sumbangan kepada keilmuan Islam khususnya dalam bidang akidah. Muhammad bin Khalil al-Sakuni mendapat sanjungan sebagai seorang mutakallimin yang terkemuka dalam kalangan ulama sezaman dengannya dan para sarjana Islam berikutnya sehingga ke hari ini. Ketokohan beliau terserlah berdasarkan karya-karyanya yang banyak dijadikan sebagai sumber rujukan para ulama Islam sepanjang zaman. Namun begitu, perbincangan berkaitan sumbangan beliau tersebut dilihat tidak banyak dikaji oleh pengkaji muta’akhirin di rantau ini. Justeru itu, fokus utama kajian ini adalah untuk mengkaji sumbangan beliau dari aspek pemikiran akidah dan implikasi sumbangan tersebut terhadap perkembangan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah al-Asha’irah di dunia barat Islam. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini akan menggunakan kaedah kualitatif melibatkan analisis kandungan sumber primer (maṣadir) sama ada berbentuk manuskrip atau bahan bercetak dan juga sumber sekunder (maraji’). Kemudian data-data yang diperoleh, akan dianalisis menggunakan kaedah diskriptif. Dapatan kajian mendapati bahawa Muhammad bin Khalil al-Sakuni merupakan seorang ulama akidah terkenal yang telah memberikan sumbangan besar terhadap penyebaran mazhab al -Ash’ari di dunia barat Islam. Pemikiran akidah yang ditonjolkan oleh beliau dapat dijadikan sebagai iktibar dan rujukan umat Islam dalam menghadapi kemelut serangan pemikiran yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zulkefli, Ahmad Arif UNSPECIFIED Rozali, Muhammad Hafizi UNSPECIFIED Meerangani, Khairul Azhar UNSPECIFIED Abdul Hamid, Mohammad Fahmi UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > General works on Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Volume: | 4 |
Page Range: | p. 35 |
Keywords: | Pemikiran Akidah; Muhammad bin Khalil al-Sakuni; Ahl al-Sunnah wa al-Jamaʿah al-Asha’irah |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54234 |