Peranan kaedah-kaedah fiqhiyyah sebagai elemen istidlal dalam isu darurah / Ahmad Murshidi Mustapha dan Noraini Junoh

Mustapha, Ahmad Murshidi and Junoh, Noraini (2021) Peranan kaedah-kaedah fiqhiyyah sebagai elemen istidlal dalam isu darurah / Ahmad Murshidi Mustapha dan Noraini Junoh. In: 4th International Islamic Heritage Conference 2021 (ISHEC ’21). Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Alor Gajah, Melaka, p. 18. ISBN 978-967-2846-07-9

Abstract

Perkembangan yang berlaku dalam persekitaran kehidupan manusia merupakan antara faktor timbulnya banyak permasalahan baru sehingga menyukarkan umat Islam untuk melaksanakan
tuntutan tanggungjawab dengan sempurna. Situasi yang tidak memungkinkan seorang mukalaf menjalankan taklif syarak sebagaimana yang diperintahkan, memerlukan mereka untuk memilih antara dua perkara yang saling bertentangan seperti larangan memakan bangkai dan tuntutan memelihara nyawa. Keadaan darurah seperti ini berlaku dalam pelbagai aspek kehidupan yang memerlukan kepada pertimbangan kemaslahatan dan kemudaratan. Justeru, artikel ini akan menjelaskan konsep darurah dalam perbahasan para ulama dan seterusnya menganalisis kaedah-kaedah fiqhiyyah sebagai elemen istidlal hukum yang berkaitan darurah. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian kualitatif dengan pendekatan kajian berbentuk analisis kandungan. Manakala metode pengumpulan data menggunakan pendekatan analisis dokumen. Data-data dan maklumat yang dikumpul kemudiannya dianalisis dengan pendekatan deskriptif dan komparatif. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan dalam pendefinisian darurah terutamanya oleh ulama silam dan kontemporari. Hal ini membawa kepada perbezaan ukuran yang diletakkan dalam menilai situasi itu sama ada ia boleh dianggap sebagai situasi ḍarurah ataupun tidak. Namun, titik pertemuan yang jelas dalam kerangka konsep ini ialah sesuatu itu dianggap sebagai situasi darurah apabila ia mengancam maslahah atau maqasid yang daruri. Secara umumnya, definisi yang dikemukakan oleh ulama kontemporari melengkapkan lagi definisi ulama silam dengan memasukkan elemen-elemen daruriyyat yang utama, iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Selain itu juga, terdapat 14 kaedah fiqhiyyah yang berkaitan darurah yang menjadi elemen istidlal para ulama sama ada sebagai dalil utama atau dalil sokongan. Kedudukan kaedah-kaedah fiqhiyyah tersebut perlu diketahui fungsi dan kekuatannya dalam istidlal agar natijah hukum yang dikeluarkan tepat dan bersesuaian.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mustapha, Ahmad Murshidi
UNSPECIFIED
Junoh, Noraini
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > Islamic philosophy
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Volume: 4
Page Range: p. 18
Keywords: Peranan; Kaedah fiqhiyyah; Istidlal; Darurah
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54215
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Abstract Only] Text (Abstract Only)
54215.pdf

Download (877kB)

ID Number

54215

Indexing

Statistic

Statistic details