Komunikasi pengetahuan dan kebudayaan di antara Maghreb dan Nusantara dari sudut sejarah / Khalid Zahri dan Ahmad Arif Zulkefli

Zahri, Khalid and Zulkefli, Ahmad Arif (2021) Komunikasi pengetahuan dan kebudayaan di antara Maghreb dan Nusantara dari sudut sejarah / Khalid Zahri dan Ahmad Arif Zulkefli. In: 4th International Islamic Heritage Conference 2021 (ISHEC ’21). Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Alor Gajah, Melaka, pp. 8-11. ISBN 978-967-17038-0-9

Abstract

Apabila menyebutkan negara dunia barat Islam atau Maghreb, ia merangkumi lima buah negara besar iaitu Maghribi, Algeria, Mauritania, Tunisia dan Libya. Negara-negara ini mempunyai sejarah kemasukan dan perkembangan Islam yang tersendiri dimana ia dibawa masuk oleh sahabat Nabi SAW iaitu ʾUqbah bin Nāfiʿ kemudian proses penyebaran Islam diteruskan oleh orang-orang selepas beliau. Begitu juga dengan alam Melayu atau lebih dikenali sebagai Nusantara. Walaupun menerima Islam agak lewat, kemasukannya ke tanah Melayu ini adalah dalam keadaan sejahtera tanpa ada pertumpahan darah. Islam disebarkan dengan penuh hikmah dan bijaksana dengan beberapa cara seperti asimilasi budaya, perkahwinan dan sebagainya membuatkan masyarakat lebih mudah menerimanya. Faktor tabiat masyarakat Melayu yang lemah lembut dan mudah toleransi juga memainkan peranan penting dalam penyebaran ini. Setelah sekian lama Islam bertapak di Nusantara, banyak amalan dan nilai murni Islam telah menjadi sebati dengan budaya masyarakat Melayu. Ada diantara amalan tersebut, yang datang dari tempat yang sangat jauh dari Asia Tenggara iaitu Maghreb, namun ianya tidak banyak diketahui oleh masyarakat Melayu ini. Justeru itu, kertas kerja ini ditulis bagi membincangkan hubungan kebudayaan antara Maghreb dan Nusantara dari sudut sejarah.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 54207.pdf] Text
54207.pdf

Download (1MB)

ID Number

54207

Indexing

Statistic

Statistic details