50 Tahun MITASA sebagai kesatuan sekerja dalam sektor pengajian tinggi: cabaran dan hala tuju / Ahmad Faisal Mohamed Fiah

Mohamed Fiah, Ahmad Faisal (2021) 50 Tahun MITASA sebagai kesatuan sekerja dalam sektor pengajian tinggi: cabaran dan hala tuju / Ahmad Faisal Mohamed Fiah. In: E-Proceeding 8th International Conference On Public Policy and Social Science (ICoPS) 2021.

Abstract

Aspek kesatuan sekerja merupakan antara elemen terpenting dalam perhubungan industri (industrial relation) yang mana isu perhubungan industri ini dikatakan mula wujud sejak awal kurun ke 18 lagi khususnya di beberapa negara di benua Eropah. Apabila membicarakan aspek perhubungan industri pula, ia melibatkan dua pihak utama iaitu majikan dan pekerja di mana ia terguna pakai untuk semua sector sama ada sector swasta mahupun sektor kerajaan. Dalam setiap perhubungan industri pula akan melibatkan hal yang dinamakan sebagai “pertikaian industri” dan dalam hal ini, amat jelas peranan dan kedudukan sesebuah kesatuan sekerja. Menurut Siti Zaharah Jamaluddin (2000), “pertikaian industri” didefinisikan oleh Akta Hubungan Industri 1967 sebagai:“Apa-apa pertikaian antara majikan dengan pekerja yang berhubungan dengan pekerjaan atau bukan pekerjaan atau syarat-syarat pekerjaan atau peraturan-peraturan kerja bagi mana-mana pekerja tersebut.” Menurut Balakrishnan (2006), jika berdasarkan definisi oleh Akta Hubungan Industri 1967 tersebut, didapati bahawa tidak ada apa-apa yang disebut sebagai tentang peranan kesatuan sekerja pekerja ataupun kesatuan majikan. Tetapi jika dilihat pula definisi “pihak” dalam Akta Hubungan Industri 1967 jelas menunjukkan kesatuan sekerja boleh memainkan peranan semasa pertikaian industri. Justeru, Akta Hubungan Industri 1967 mendefinisikan pihak sebagai “merujuk kepada pertikaian industri, ertinya kesatuan sekerja pekerja yang bertindak bagi semua atau mana-mana bilangan anggotanya dalam pertikaian industri atau majikan yang bertindak untuk kesemua atau mana-mana bilangan ahlinya dalam pertikaian industri” (2006: 31). Tambah Balakrishnan, pihak majikan mesti merestui dan bersetuju dengan pengiktirafan kesatuan sekerja sekiranya kesatuan sekerja dapat membuktikan bahawa ia mempunyai ahli yang majoriti sementara Akta Hubungan Industri juga membolehkan Menteri Sumber Manusia mempunyai kuasa terakhir dalam kawalan terhadap pengiktirafan kesatuan sekerja.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamed Fiah, Ahmad Faisal
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > Academies and learned societies (General)
H Social Sciences > HM Sociology > Groups and organizations > Communities > Social participation
H Social Sciences > HM Sociology > Groups and organizations > Organizational sociology. Organization theory
H Social Sciences > HM Sociology > Social institutions
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Event Title: E-Proceeding 8th International Conference On Public Policy and Social Science (ICoPS) 2021
Page Range: pp. 285-290
Keywords: MITASA, kesatuan sekerja, sektor pengajian tinggi,
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54067
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 54067.pdf] Text
54067.pdf

Download (297kB)

ID Number

54067

Indexing

Statistic

Statistic details