Kritikan seni: suatu tinjauan terhadap karya karya Mohamad Hoessein Enas dan Syed Ahmad Jamal sebagai seni warisan bangsa dan budaya Melayu / Mohamad Kamal Abd. Aziz dan Dr. Rahmah Bujang

Abd. Aziz, Mohamad Kamal and Bujang, Rahmah (Dr.) (2016) Kritikan seni: suatu tinjauan terhadap karya karya Mohamad Hoessein Enas dan Syed Ahmad Jamal sebagai seni warisan bangsa dan budaya Melayu / Mohamad Kamal Abd. Aziz dan Dr. Rahmah Bujang. International Journal of INTI, 21 (1): 4. pp. 23-38. ISSN 0126-5822

Abstract

Kritikan seni terhadap pengkaryaan dua orang tokoh pelukis Malaysia iaitu Syed Ahmad Jamal dan Mohd. Hoessein Enas kebanyakannya adalah mendasari tema-tema masyarakat dan budaya Melayu. Ia merangkumi perkara-perkara yang mempunyai kaitan atau gambaran berkenaan unsurunsur sosial, politik, ekonomi, sastera, falsafah, nilai, norma, adat dan agama. Umumnya, tidak banyak usaha pendokumentasian dilakukan di negara ini bagi mengetengahkan aspek kritikan seni terutama melibatkan golongan pengkritik, sumbangan pemikiran, tatacara kepengkritikan serta pengumpulan sistem maklumat dalam membicarakan seni visual. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk menganalisis aspek kritikan seni dari segi pengimejan dan makna dalam konteks budaya Melayu. Segala paparan mengenai kritikan seni diteliti untuk memberi wajah kepada aspek seni lukis tanah air. Melalui kajian sekunder, penelitian dibuat berdasarkan sumber-sumber perpustakaan, arkib serta catatan-catatan penulis. Ia melibatkan analisis secara intepretif sebagai timbal balik terhadap bahanbahan penulisan mereka. Selain menjadi bahan pendokumentasian sejarah yang penting, kritikan seni sebenarnya mampu menjadi wadah pendidikan yang penting dalam mengutarakan budaya pemikiran kritis dan intelektual di kalangan masyarakat. Bidang kritikan seni sebenarnya boleh menjadi sajian minda yang mengagumkan dalam menyuburkan budaya ilmu berteraskan budaya, sekali gus mampu memberi impak kepada dunia seni visual dan masyarakat di Malaysia khususnya berkaitan dengan seni warisan bangsa dan budaya Melayu.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd. Aziz, Mohamad Kamal
UNSPECIFIED
Bujang, Rahmah (Dr.)
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Criticism
P Language and Literature > PN Literature (General) > Criticism > Reader-response criticism. Reception aesthetics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design
Journal or Publication Title: International Journal of INTI
UiTM Journal Collections: Others > Jurnal INTI
ISSN: 0126-5822
Volume: 21
Number: 1
Page Range: pp. 23-38
Keywords: Kritikan seni, budaya Melayu, seni visual
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/53876
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 53876.pdf] Text
53876.pdf

Download (566kB)

ID Number

53876

Indexing

|

Statistic

Statistic details