Abstract
Kritikan seni terhadap pengkaryaan dua orang tokoh pelukis Malaysia iaitu Syed Ahmad Jamal dan Mohd. Hoessein Enas kebanyakannya adalah mendasari tema-tema masyarakat dan budaya Melayu. Ia merangkumi perkara-perkara yang mempunyai kaitan atau gambaran berkenaan unsurunsur sosial, politik, ekonomi, sastera, falsafah, nilai, norma, adat dan agama. Umumnya, tidak banyak usaha pendokumentasian dilakukan di negara ini bagi mengetengahkan aspek kritikan seni terutama melibatkan golongan pengkritik, sumbangan pemikiran, tatacara kepengkritikan serta pengumpulan sistem maklumat dalam membicarakan seni visual. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk menganalisis aspek kritikan seni dari segi pengimejan dan makna dalam konteks budaya Melayu. Segala paparan mengenai kritikan seni diteliti untuk memberi wajah kepada aspek seni lukis tanah air. Melalui kajian sekunder, penelitian dibuat berdasarkan sumber-sumber perpustakaan, arkib serta catatan-catatan penulis. Ia melibatkan analisis secara intepretif sebagai timbal balik terhadap bahanbahan penulisan mereka. Selain menjadi bahan pendokumentasian sejarah yang penting, kritikan seni sebenarnya mampu menjadi wadah pendidikan yang penting dalam mengutarakan budaya pemikiran kritis dan intelektual di kalangan masyarakat. Bidang kritikan seni sebenarnya boleh menjadi sajian minda yang mengagumkan dalam menyuburkan budaya ilmu berteraskan budaya, sekali gus mampu memberi impak kepada dunia seni visual dan masyarakat di Malaysia khususnya berkaitan dengan seni warisan bangsa dan budaya Melayu.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd. Aziz, Mohamad Kamal UNSPECIFIED Bujang, Rahmah (Dr.) UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Criticism P Language and Literature > PN Literature (General) > Criticism > Reader-response criticism. Reception aesthetics |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design |
Journal or Publication Title: | International Journal of INTI |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal INTI |
ISSN: | 0126-5822 |
Volume: | 21 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 23-38 |
Keywords: | Kritikan seni, budaya Melayu, seni visual |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/53876 |