Abstract
Negara kita telah mencapai kemerdekaan lebih lima puluh tahun yang lalu dan sejak itulah status
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal seperti yang tercatat
dalam Perlembagaan Negara masih belum terusik. Proses memartabatkan BM telah dilakukan
sejak dahulu lagi dan kini proses pemantapan terus dilaksanakan. Apa yang berlaku sekarang,
pada saat bahasa Melayu dikehendaki memenuhi peranannya sebagai sarana budaya tinggi, iaitu
sebagai bahasa yang berpotensi untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang teknis dan
maju, timbul kekangan lain seperti kekurangan penguasaan ahli-ahli ilmu dan ragam bahasa
Melayu yang standard dan berstatus tinggi (Nik Safiah Karim, 1986:vii). Hal ini menyebabkan
proses pemantapan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat menghadapi kendala
yang bukan mudah untuk ditangani.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Ghani UNSPECIFIED Mohamad, Razita UNSPECIFIED Rozlan, Nurul Hidayah UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Advertising > Methods. Outdoor advertising. Billboards. Posters P Language and Literature > P Philology. Linguistics P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC) |
Keywords: | Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan, bahasa rasmi |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/5371 |
Download
LP_GHANI ISMAIL RMI 09_5 1.pdf
Download (48kB)